Saturday 25 June 2022

Kempen Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 Kembali Dengan Pakej Dan Baucar Menarik!

 


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 bagi Kluster Pelancongan Minat Khas merangkumi segmen taman tema, selam skuba dan inap desa. 

Penganjuran kali ini adalah melibatkan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA) dan Persatuan Kampungstay & Homestay Malaysia (MKHA). 

Kempen Rediscover Fun- A Theme Park Family Affair menawarkan seluruh Keluarga Malaysia diskaun sehingga 40% dan e-baucar bernilai RM10 bagi setiap pembelian tiket masuk ke taman tema dan pusat hiburan keluarga yang terlibat bermula 24 Jun sehingga 2 Oktober 2022 dengan melalui laman sesawang https://tickets.matfa.org.my Malaysian Association of Theme Parks & Family Attractions (matfa.org.my)

Bagi Kempen “Jom Dive 2.0”, diskaun sebanyak RM400 bagi setiap pembelian pakej selam skuba berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu transaksi melalui laman web www.xtvt.com.my.  Cuti-Cuti Malaysia (xtvt.com.my)

Selain itu, rebat sebanyak RM50 hingga RM300 bagi setiap pembelian pakej berharga RM100 dan ke atas ditawarkan melalui Kempen “Jom Cuti di Homestay” melalui portal www.jomhomestay.my. Jom Homestay

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel. Malaysia Truly Asia - The Official Tourism Website of Malaysia Tertakluk kepada terma dan syarat.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.