Saturday, 5 March 2022

Pegawai Tourism Malaysia Di Luar Negara Mainkan Peranan Promosikan Malaysia

 


4 Mac 2022 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan sesi pertemuan bersama lapan (8) orang pegawai Tourism Malaysia (TM) yang terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah yang bakal bertukar ke beberapa Pejabat TM Luar Negeri pada 3 Mac 2022.

Kesemua lapan orang pegawai itu masing-masing akan ditempatkan di Pejabat TM di London, Jakarta, Istanbul, Sydney, New Delhi, Jeddah, Taipei dan Auckland.

Dato' Sri Hajah Nancy dalam pertemuan tersebut menekankan agar kesemua pegawai TM berkenaan melaksanakan tugas sebagai wakil pemasaran (marketing representative) yang bertanggungjawab dan peka dengan segment pemasaran di negara-negara tersebut.

Ini menurut beliau penting untuk mempromosikan sektor pelancongan menggunakan strategi pemasaran yang sesuai dengan setiap norma negara tersebut.

Seiring dgn perkembangan teknologi digital, pegawai harus berusaha mempelbagaikan strategi pemasaran agar dapat mencapai kelompok sasaran. Selain itu, mereka perlu menjalinkan hubungan yang baik bersama negara penempatan (host country) dan bekerjasama erat dengan pemain industri tempatan. Mereka turut diseru untuk mempelbagaikan promosi pakej-pakej pelancongan baharu serta memberi tumpuan kepada emerging market di negara penempatan tersebut.

Menurut Dato' Sri Hajah Nancy lagi, dua dasar MOTAC iaitu Dasar Pelancongan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) harus dijadikan sebagai panduan dalam setiap perancangan yang boleh mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Kita mesti menarik minat seluruh spektrum pelancong seperti cultural enthusiasts, environmental lovers dan medical tourist. Ini bagi mencapai sasaran pemasaran yang unik, strategik dan seiring dengan matlamat DPN dan DAKEN,” jelas Dato' Sri Hajah Nancy.

Tambahnya, seperti negara luar yang lain, Malaysia juga akan membuka sempadannya apabila toba masanya nanti.

Justeru, adalah penting untuk kesemua pegawai TM Luar Negeri untuk turut menggunakan pendekatan berorientasikan kepada digital agar sasaran Malaysia untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelancong dari negara luar, tercapai sekaligus dapat mempercepatkan fasa pemulihan industri pelancongan tahun ini.

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.