Saturday 26 February 2022

HKK 2022 ‘Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia’

 

Aididah Ibrahim ketika berucap pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022
di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022 yang diadakan di menyasarkan lebih daripada 30,000 pengunjung serta menjangkakan untuk mengutip keuntungan sehingga RM10 juta ringgit.

Dalam majlis perasmiannya semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Sri Nancy Shukri mengajak orang ramai supaya berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan menggunakan inisiatif Keluarga Malaysia yang menyediakan baucar potongan harga.

“Untuk Keluarga Malaysia, jangan kita lupa bahawa kita ada inisiatif baucar rebat tuani sebanyak RM30 ke atas setiap nilai gandaan RM100 yang dibelanjakan di semua program promosi anjuran Kraftangan Malaysia.

“Selain menggalakkan pembelian barangan kraf tempatan, inisiatif ini selaras dengan pelan Pemulihan Pelancongan yang bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan domestic serta membantu merancakkan semula industry beli-belah Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam ucapan  perasmian itu.

Bagi Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Aididah Ibrahim pula, sambutan kali ini diharapkan dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada usahawan serta komuniti kraf.

“Dengan anjuran HKK ini, usahawan kraf dapat kembali memasarkan produk kraf secara  fizikal setelah terkesan dengan  pendapatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Ini dapat membantu usahawan untuk terus menghasilkan produk kraf serta menjalankan perniagaan,” jelasnya.

Tambah Aididah, selain daripada aktiviti Jualan Kraf dan Pameran Produk Baharu, turut diadakan pameran khas seperti Pameran Koleksi Pakaian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Pameran Tokoh Kraf Negara 2022, Pameran Kraf Tekstil Songket, Pameran MYCRAFTSHOPPE, Pameran Institut Kraf Negara, Pameran Seni Kraf Anyaman dan Pameran produk Komuniti Kraf.

Bukan itu sahaja, produk yang pelbagai fungsi dan kegunaan meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini boleh diperoleh di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula pada 23 Februari hingga 7 Mac.

Produk-produk baharu yang ditampilkan kali ini merupakan produk di bawah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Turut diadakan Demonstrasi Kraf Kembang Api, Demonstrasi Masakan Cita Rasa Keluarga Malaysia, Aprisiasi atau Seminar Kraf, Interaktif Kraf Anyaman, Batik dan Tenunan, Creative Craft Studio dan Eksplorasi Adiguru Kraf, Persembahan Kesenian serta Fun Craft Batik Ikat & Celup.

Kraftangan Malaysia mengharapkan pengisian semua aktiviti ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengunjung serta meningkatkan kesedaran juga kecintaan terhadap  k keindahan dan keunikan produk kraf tempatan.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.