Thursday 10 February 2022

Kejohanan LADA Langkawi International Regatta Perdana Kali Ke-18 2022

 


Langkawi, 10 Februari 2022 - Persatuan Pelayaran Kedah (KSA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) kini sedang menganjurkan Kejohanan LADA Langkawi International Regatta Perdana Kali Ke-18 2022 dari 10 hingga 13 Februari 2022 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (MSN), Langkawi. 

Seramai 220 orang peserta daripada 16 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan yang mendapat pengiktirafan World Sailing Grade 3 akan mempertandingkan tujuh kategori acara iaitu Laser Standard (ILCA 7), Laser Radial (ILCA 6), Laser 4.7 (ILCA 4), International 470 (Mix), International 420, Windsurfing (RS:One) dan Windsurfing (Bic Techno). 

Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA.

-LADA.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.