PUTRAJAYA 14 Julai- Kemasukan pelancong
antarabangsa ke wilayah ini dijangka meningkat pada tahun ini hasil daripada
usaha dan promosi yang digerakkan oleh pelbagai agensi terbabit.
Presiden Perdana Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail
berkata, walaupun jumlah kehadiran pelancong asing ke Putrajaya menurun pada
tahun lalu pihaknya yakin dapat menarik lebih ramai pelancong melalui promosi
yang sedang diperhebatkan.
“Jumlah pelancong yang melawat Putrajaya pada tahun
2016 adalah sebanyak 8.9 juta manakala pada tahun lalu menurun kepada 6.7 juta
orang.
“Usaha mempromosi sedang giat dilakukan termasuk
melalui saluran media sosial yang didapati berkesan untuk tujuan itu.
“Usaha ini bagaimanapun tidak akan berjaya tanpa kerjasama
semua pihak termasuk masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar program
Travelogue Escapa 2.0 @Putrajaya di sini hari ini.
Program anjuran Perbadanan Putrajaya dengan
kerjasama Majalah Santai Travel itu melibatkan 43 pengamal media dari pelbagai
negara antaranya Malaysia, Jepun, Perancis, Taiwan, Filipina dan Indonesia.
Terdahulu, peserta diberi peluang melawat beberapa
tempat menarik di Putrajaya seperti Cruise Tasik Putrajaya, Taman Wetland,
Taman Ekuestrian dan Skyrides and Skywarrior Putrajaya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.