TAMAN Mini Air Etnobotani di
Taman Etnobotani, Gua Musang kini menjadi antara destinasi tumpuan pengunjung
untuk beriadah bersama keluarga pada hari minggu dan cuti perayaan
|
GUA MUSANG 23 Julai - Taman Mini Air Etnobotani
yang terletak di Taman Etnobotani di sini menjadi tempat tumpuan untuk
mandi-manda serta berekreasi bersama keluarga.
Taman Mini Air yang dibangunkan oleh Lembaga
Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dengan kos RM800,000 telah dibuka sejak
setahun lalu.
Seorang pengunjung Zailani Abdul Rahman,
36, berkata, taman yang dibina itu memberi kemudahan rekreasi untuk penduduk.
Katanya, pusat rekreasi itu dibuka setiap hari dan
boleh memuatkan kira-kira 200 pengunjung dalam satu masa.
“Kita berbangga apabila penduduk Gua Musang
mempunyai satu lagi kemudahan rekreasi untuk bersantai dan melakukan aktiviti
bermanfaat bersama keluarga.
“Bayaran tiket adalah serendah RM2, RM3 dan RM5
kepada kanak-kanak serta golongan dewasa,” katanya di sini hari ini.
Antara kemudahan yang disediakan di taman air
berkenaan ialah bilik persalinan, rumah pam, kaunter tiket dan wakaf.
Seorang lagi pengunjung, Suraini Mohd. Isa, 44,
berkata, kemudahan terbaharu yang disediakan oleh pihak Kesedar kali ini agak
menarik kerana seluruh ahli keluarga dapat bersantai bersama-sama.
Katanya, mereka juga tidak perlu berfikir untuk
mencari lokasi riadah ketika cuti hari minggu atau persekolahan.
“Setiap petang kami tidak sabar untuk membawa
anak-anak bermain di taman air ini kerana kemudahan yang disediakan juga
menarik.
“Taman ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi
hingga 7 petang. Kami juga tidak perlu menyediakan perbelanjaan yang banyak
untuk membawa keluarga bersantai,” katanya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.