Sunday, 18 February 2018

Tamu Hotel Megah Di Kampung Baru


JIKA Petaling Street digelar sebagai ‘China Town’ dan Brickfield terkenal sebagai Little India, Kampung Baru pula sinonim dengan budaya Melayu.

Diberi jolokan sebagai syurga makanan, Kampung Baru menjadi antara destinasi wajib singgah bagi kebanyakan pengunjung luar yang bertandang ke ibu negara.

Namun untuk lebih memudahkan perjalanan menerokai kepelbagaian makanan di Kampung Baru, Tamu Hotel and Suites adalah lokasi penginapan sesuai untuk pengunjung merehatkan fikiran dan minda.

Jaraknya yang tidak jauh membolehkan pengunjung berjalan kaki terus dari hotel tersebut menuju ke tempat menarik yang terdapat di kampung Baru.

Kemudahan Light Rail Transit (LRT) juga mudah untuk diakses memandangkan lokasi stesen terletak kira-kira 600 meter dari hotel berkenaan. Jadi untuk berkunjung ke destinasi lain seperti Kuala City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan masjid jamek amatlah mudah.

Terletak di Jalan Abdullah, hotel bertaraf empat bintang ini menawarkan 276 bilik dan suite.

“Hotel ini merupakan mercu tanda Zikay Group Sdn. Bhd. dalam industri perhotelan.

“Pengunjung yang bertandang dapat melihat falsafah Selamat Datang Tamu yang mengutamakan perkhidmatan terbaik, keselesaan dan gaya,” demikian menurut Pengurus Besar Hotel Tamu and Suites, Abdul Latib Omar.

Kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan termasuklah restoran-restoran yang inovatif, gimnasium terkini dan kolam renang samping perkhidmatan perniagaan dan akses internet berkelajuan tinggi.

“Bagi mereka yang menggemari masakan tempatan dan asli bolehlah berkunjung ke Suasana@27 yang menawarkan pengalaman sensasi penuh rasa dan gaya serta persembahan rasa masakan yang unik.

“Selain itu Sky Lounge yang terletak di aras 40 dilengkapi dengan kepelbagaian menu yang dirancang dengan teliti di samping memaparkan pemandangan sekitar. Ruang makan peribadi turut disediakan,” katanya.

Kolam renang yang terletak di aras 14 membolehkan pengunjung menikmati suasana santai dan pada masa sama dapat menyaksikan pemandangan kota raya Kuala Lumpur.

Selain itu, kemudahan bilik-bilik mesyuarat dan dewan besar bagi meraikan majlis perkahwinan turut disediakan.

Info
Alamat: TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300, Kuala Lumpur
No Telefon : +603 2603 1999
Email : enquiry@tamuhotel.com

Harga bilik
Standard - RM250 dengan dua sarapan
Deluxe - RM270 dengan dua sarapan
Junior Suite - RM350 dengan dua sarapan

Suite - RM450 dengan dua sarapan
-utusan online.
http://www.tamuhotel.com/  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.