Tuesday, 20 February 2018

Tahun Melawat Malaysia 2020 misi nasional


PUTRAJAYA 20 Feb. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) merupakan satu misi nasional yang mana pelaksanaannya akan memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam industri pelancongan.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, kempen yang menggunakan tema ‘Travel. Enjoy. Respect’ (Kembara, Gembira, Hormat) itu bakal menjadi pemangkin untuk mencapai sasaran-sasaran di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP).  

"Sekretariat VMY2020 telah ditubuhkan di bawah Tourism Malaysia yang akan menyelaraskan dan melaksanakan semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan kempen tersebut.

"Semua kementerian serta agensi dan jabatan yang terlibat telah bersiap-sedia memberikan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan kempen VMY2020," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.


Hadir sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.