KUANTAN:
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berpandangan logo Visit
Pahang Malaysia 2017 ditambah baik dengan memasukkan elemen 'Truly Malaysia'
pada kempen akan datang sebagai satu signifikan melawat Pahang sama seperti
berkunjung ke seluruh Malaysia.
Baginda bertitah, terdapat
banyak tarikan di Pahang untuk dikunjungi seperti hutan, gunung, pulau dan
pantai sambil menganggap berkunjung negeri ini ibarat melawat Malaysia.
"Sudah tentu saya
mahukan mereka tonjolkan Pahang kerana macam-macam ada, hutan, gunung, pulau
dan pantai, melawat Pahang ibarat melawat Malaysia," titahnya pada Malam
Penghargaan Visit Pahang 2017, di sini, malam tadi.
Tengku Abdullah juga meminta
penggiat industri pelancongan di negeri ini supaya tidak mengabaikan aspek alam
sekitar demi kebaikan dan kelangsungan masa depan.
Titahnya, tiada kompromi
untuk mana-mana pihak mengabaikan aspek alam sekitar, termasuk menggunakan
alasan membangunkan industri pelancongan di kawasan masing-masing.
"Dalam kita membangunkan
(industri) pelancongan tidak boleh kompromi soal alam sekitar, kena jaga flora
fauna seperti di kawasan Bukit Fraser, Cameron Highlands, Bukit Tinggi dan
Taman Negara.
"Sungai dan pantai yang
ada di Pahang juga, kita kena pelihara," titahnya lagi.
Turut hadir, Menteri Besar
Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Tengku Abdullah turut
mengingatkan pihak berwajib supaya tidak sewenangnya-wenangnya mengizinkan
pembinaan kilang atau gedung berhampiran kawasan pantai yang mampu menjejaskan
ekosistem dikawasan itu.
Baginda turut mencadangkan
kerajaan negeri menggunakan ahli korporat, selebriti dan golongan artis untuk
mempromosikan Pahang sebagai pusat pelancongan bagi Malaysia untuk menarik
kehadiran lebih ramai pelawat pada masa akan datang.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.