PHUA Tai Neng.- Foto Azhar Ramli
|
KUALA
LUMPUR: Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA
Fair), yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan akan berlangsung pada 16
hingga 18 Mac depan.
Ketua Pegawai Eksekutif
MATTA, Phua Tai Neng, berkata sebanyak 1,322 gerai pameran membabitkan 242
syarikat pelancongan akan mengambil bahagian pada pameran tahun ini, yang
berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"MATTA Fair adalah acara
paling dinanti bagi mereka yang gemar melancong kerana pameran ini menyediakan
banyak pakej dan tawaran menarik kepada pengunjung.
"Ruang pameran untuk
pakej pelancongan dalam negara adalah yang terbesar disediakan pada MATTA Fair.
"Terdapat banyak tempat
menarik dan cantik di Malaysia yang mungkin anda tidak pernah tahu untuk
dikunjungi.
"Jadi, jangan lepaskan
peluang untuk menerokai tempat menarik yang ada di setiap pelusuk negara dengan
mengunjungi MATTA Fair," katanya pada sidang media, hari ini.
Tai Neng berkata, untuk pakej
antarabangsa, pengunjung yang datang ke MATTA Fair pada Mac, kebiasaannya
memilih membeli pakej percutian musim panas.
Orang ramai yang ingin
berkunjung ke MATTA Fair dinasihat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak
kesesakan.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.