Tuesday, 16 January 2018

B5 Johor Street Market tarikan pelancongan baharu

MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (empat dari kiri) memukul gendang
sebagai gimik pelancaran B5 Johor Street Market di Tampoi, Johor Bahru, Johor.-UTUSAN

JOHOR BAHRU 13 Jan. - Satu tarikan pelancongan baharu bakal diwujudkan di Johor dengan pelancaran pembangunan B5 Johor Street Market yang dianggarkan bernilai RM80 juta di Tampoi di sini.

Pelancaran projek pembangunan pusat tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Ahli Parlimen Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Kamaruzzaman berkata, pembangunan kawasan itu akan diusahakan oleh Johor Corporation (JCorp) menerusi Divisyen Hartanahnya yang diterajui Johor Land Berhad (JLand).

Menurutnya, pusat itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.


“Apabila siap kelak, ia akan menjadi pusat komersial pelancongan setempat yang pertama seumpamanya di Johor,” katanya.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.