Cuma, bagi sesetengah orang, tempat penginapan yang dicari sudah tentu perlu menepati cita rasa atau kriteria pilihan termasuk harga, kemudahan yang disediakan dan persekitarannya.
Menyedari itu, Putra Putri Lodge yang terletak di Taman Putra Putri, Repoh, Kangar menyediakan tempat penginapan yang cukup ideal kerana menggabungkan dua elemen, kemudahan seperti hotel dan persekitaran sebagaimana berada di kampung atau taman perumahan.
Ini diakui oleh pengurusnya, Mohd. Yusri Mohd. Yusoff bahawa Putra Putri Lodge bukan sahaja menawarkan tempat penginapan menarik, malah harganya cukup setimpal. Menurutnya, Putra Putri Lodge menawarkan sembilan unit rumah teres dua tingkat, lapan unit rumah berkembar (semi-detached) dan 10 buah banglo. "Sewa semalam mengikut kategori rumah bagi setiap unit adalah RM170 untuk teres, RM350 rumah berkembar dan RM450 banglo.
"Kesemuanya cukup selesa. Contohnya, teres dua bilik berhawa dingin dan kipas siling terletak di tingkat atas. Manakala ruang tamu, bilik air dan ruang makan di tingkat bawah, lengkap dengan televisyen, mini bar dan pemanas air," katanya kepada S2. Mohd. Yusri menjelaskan, rumah berkembar pula mempunyai kemudahan sama, iaitu tiga bilik dan dua bilik air termasuk di bilik utama.
"Istimewanya, kami (Putra Putri Logde) mengekalkan identiti tanah air sendiri dengan menamakan kelapan-lapan unit rumah berkembar mengikut negeri iaitu Selangor Lodge, Negeri Sembilan Lodge, Perak Lodge, Kedah Lodge, Johor Lodge, Pahang Lodge, Kelantan Lodge dan Terengganu Lodge. "Bagi banglo pula, ia dilengkapi dengan kemudahan sama, cuma lebih besar kerana mempunyai empat bilik dan tiga bilik air," ujarnya.
Mohd. Yusri juga berkata, daripada 10 buah banglo, hanya sebuah disewakan secara harian kepada orang ramai kerana selebihnya telah disewa secara bulanan. "Bagi banglo, kami turut menawarkan sewa bulanan dengan kadar daripada RM800 hingga RM1,000. "Kesemua unit yang ditawarkan dilengkapi dengan siaran Astro dan kemudahan WiFi percuma," katanya.
Jelasnya lagi, kafe juga disediakan untuk penghuni dan orang ramai menjamu selera dengan kelengkapan surau untuk solat. Selain itu, kata Mohd. Yusri, Putra Putri Lodge menawarkan penyewaan dewan untuk penganjuran acara dengan bayaran berpatutan. "Kadar sewa dewan adalah RM250 sehari dengan peralatan siar raya atau sistem PA atau separuh harga untuk sewa setengah hari," katanya.
Putra Putri Lodge turut menyediakan perkhidmatan katering kepada sesiapa sahaja yang mahu mengadakan jamuan atau kenduri di dewan berkenaan.
Ditanya mengenai keistimewaannya berbanding hotel atau tempat penginapan lain, Mohd. Yusri memberitahu, Putra Putri Lodge lebih memahami situasi pelanggan khususnya jika terdapat lebihan pelanggan. "Jika agak ramai atau terdapat sedikit tambahan penghuni yang menyewa tempat kami, beritahu sahaja, kami benarkan. "Malah, kami boleh sediakan tilam, bantal atau selimut tambahan tetapi akan dikenakan sedikit caj," katanya.
Di samping itu, kata beliau, kedudukannya cukup strategik kerana berdekatan dengan bandar utama iaitu cuma satu kilometer ke Kangar dan tujuh kilometer ke Bandar Diraja Arau serta tidak berapa jauh ke Padang Besar, hanya 30 kilometer. "Setakat ini, sambutan cukup menggalakkan daripada orang perseorangan, pihak sekolah, agensi kerajaan dan swasta, malah pada musim cuti, kesemua unit penuh ditempah.
"Bagi yang inginkan ketenangan, Putra Putri Lodge cukup sesuai kerana kami mengekalkan landskap asal dengan hanya mengubah sedikit struktur bangunan lama berusia 35 tahun," kata Mohd. Yusri.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.