Festival
Kraf Johor 2025
Jangan lepaskan peluang untuk ke Festival Kraf Johor 2025. Save the
date!
Tarikh: 18 sehingga 29 Disember 2025
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi: Padang Akasia, Angsana Johor
Bahru Mall
-Kraftangan Malaysia.
Malaysia Truly Asia X Cuti-Cuti Malaysia. Inilah Masanya, Cuti-cuti Malaysia. Visit Melaka 2024-2026. Visit Perlis 2024-2026. Visit Malaysia 2026. Visit Johor 2026. Visit Negeri Sembilan 2026. Malaysia Year of Medical Tourism 2026. Visit Terengganu Year 2027. Visit Sabah 2027. Compiled and managed by Farsa.
Festival
Kraf Johor 2025
Jangan lepaskan peluang untuk ke Festival Kraf Johor 2025. Save the
date!
Tarikh: 18 sehingga 29 Disember 2025
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi: Padang Akasia, Angsana Johor
Bahru Mall
-Kraftangan Malaysia.
JOHOR BARU: Johor officially launched its Visit Johor 2026 campaign tonight.
Visit Johor 2026, marks the start of a year-long tourism push aimed
at drawing 12 million visitors.
Branded under the theme "Majestic Johor: The Jewel of the South," Visit Johor 2026 showcases the state's rich tapestry of culture, nature, sports and heritage, while its inviting tagline "Meh Lah Johor!" beckons travellers to discover everything from vibrant cities to tranquil islands in a campaign that balances modern appeal with sustainable, tradition-rooted experiences.
The Visit Johor Year 2026, embodied the state's warm, open invitation for visitors to explore its culture, cuisine and heritage with the easy-going hospitality Johoreans are famously known for.
The state's flagship tourism programme was unveiled at a packed
Dataran Bandaraya Johor Baru here today.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi officiated the celebration that drew locals and tourists alike.
The four-day event, organised by Tourism Johor with support from the Tourism, Arts and Culture Ministry, is expected to attract more than 400,000 visitors.
Free shuttle bus services by the Johor Public Transport Corporation (PAJ) were deployed to ferry crowds to the venue.
The launch featured a drone show themed Visit Johor 2026 and a massive 'Zapin Mehlah Johor' performance involving 4,000 dancers, which secured an entry in the Malaysia Book of Records.
The main stage also showcased top local artistes, cultural groups from Yayasan Warisan Johor and Istana Budaya, and a string of district-based exhibitions promoting food, culture and heritage.
At the heart of the campaign were its new mascots — Cuping and Jucy — a pair of Malayan tigers symbolising Johor's strength, grace and hospitality.
The duo, born at Zoo Johor in 2013 and 2018, respectively, will serve as the state's global tourism ambassadors throughout Visit Johor 2026.
The "Meh Lah Johor!" campaign sought to position the state as a premier regional destination, supported by immersive experiences, traditional performances, culinary showcases and promotional content.
This includes its official song 'Pesona Johor' and a cinematic tourism video capturing the state's landscapes and cultural diversity.
Pesona Johor, celebrates the charm of all the 10 districts in Johor, through melodies and lyrics that highlight the state's cultural diversity, natural beauty and timeless identity.
With the curtain officially raised, Johor is now setting its sights
on the global stage, inviting travellers to explore its districts, traditions
and modern offerings as the state gears up for a landmark tourism year.
-nst online.
Festival Budaya Malaysia kembali lagi!
Masih segar dalam ingatan kemeriahan hampir 300,000 orang pengunjung
pada edisi September lalu? Kini, aura, tenaga dan kehebatan yang sama dibawakan
khas untuk warga Selatan tanah air!
Nantikan Festival Budaya Malaysia 2025 @ Johor, sebuah perayaan
besar-besaran yang menampilkan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia.
Tarikh: 11 – 14 Disember 2025
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah malam
Lokasi: Dataran Bandaraya, Johor
Bahru
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman budaya yang penuh
warna-warni dan memukau, hanya di FBM 2025 @ Johor!
-MOTAC.
Berita Gembira Tarikh Baharu Festival LENTERA 2025!
Mengambil kira cuti sekolah yang bermula pada 20 Disember serta cuti
panjang Tahun Baharu 2026, PPj menambah baik tarikh penganjuran Festival
LENTERA 2025 untuk memberi lebih ruang dan keselesaan kepada semua
pengunjung.
LENTERA 2025 akan bermula pada 26 Disember 2025 hingga 4 Januari
2026. Lebih meriah, aktiviti lebih padat dan lebih mudah untuk anda rancang
menikmati magis LENTERA 2025!
Jadi… jom datang beramai-ramai bersama keluarga tersayang! Jumpa
anda di sana!
Dapatkan tiket anda di pautan :
https://www.lentera.putrajaya.my/
-Perbadanan Putrajaya.
Jom beramai-ramai menyertai stable tour yang dianjurkan oleh Taman
Ekuestrian Putrajaya pada 26 Disember 2025. Harga sangat berpatutan!!
Tarikh: 26 Disember 2026 / Jumaat
Masa: 08.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Taman Ekuestrian Putrajaya
Harga: RM 60.00/pax
Kami akan menyediakan minuman pagi + E-sijil untuk yang menyertai!!
Pendaftaran boleh dibuat dengan scan QR atau hubungi 018-236 5780 ( En. Syazwan )
-Taman Ekuestrian Putrajaya.
PUTRAJAYA, 10 DISEMBER 2025 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal bin Abdul Rahim sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 8 Disember 2025.
Pelantikan ini dibuat oleh YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 (1) Akta 481: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992. Beliau menggantikan YBhg. Datuk Manoharan Periasamy yang bersara wajib pada 6 Disember 2025.
Mohd Amirul Rizal merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Pelancongan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau memulakan kerjayanya bersama Tourism Malaysia pada 2 September 2002 dan sejak itu telah memegang pelbagai portfolio dalam pemasaran dan promosi pelancongan negara.
Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Penyelidikan sebelum menyandang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Negeri Tourism Malaysia Terengganu dan Pengarah Pejabat Luar Negeri Tourism Malaysia Seoul, Korea Selatan pada tahun 2008. Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Promosi Domestik dan Acara, Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), serta yang terkini sebagai Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting sebagai Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Selain tanggungjawab penting dalam Tourism Malaysia, beliau juga aktif dalam persatuan dan telah dilantik sebagai Presiden Kelab Rekreasi Tourism Malaysia, menunjukkan kepimpinan yang seimbang dalam aspek strategik, operasi dan pemerkasaan warga kerja.
Dengan pengalaman selama 23 tahun dalam pelbagai aktiviti pemasaran
dan promosi pelancongan, pelantikan beliau diyakini akan memperkukuh
perkembangan industri pelancongan negara dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan unggul diperingkat global menjelang Visit
Malaysia 2026 (VM2026).
-Tourism Malaysia.
KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada pada kemuncak momentum pelancongan apabila menerima 28.2 juta pelawat asing bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, peningkatan ketara 14.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus petanda jelas limpahan peluang ekonomi kepada pemain industri menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Salinda Sany, berkata peningkatan pelawat tahun ini melepasi angka prapandemik, dengan pertumbuhan 16.42 peratus berbanding 2019, sekali gus menegaskan bahawa Malaysia kembali sebagai destinasi pilihan utama rantau ini.
"Sektor pelancongan kini menjadi penyumbang utama ekonomi negara. Pelancongan menyumbang 15.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bersamaan hampir RM291 bilion, menjadikan RM1 daripada setiap RM6 dalam ekonomi negara datang daripada aktiviti berkaitan pelancongan.
"Daripada jumlah keseluruhan, pelawat Singapura kekal
penyumbang terbesar dengan 13.9 juta ketibaan, iaitu hampir lima daripada 10
pelancong asing yang memasuki negara ini. China pula mencatat pertumbuhan
memberangsangkan sebanyak 27.5 peratus, manakala India melonjak 22.5 peratus,
menjadikan ketiga-tiga negara ini sumber pelancong paling pesat
berkembang," katanya pada Persidangan Bursa Malaysia-Hong Leong Investment
Bank Stratum Focus Series ke-20, di sini, hari ini.
Sempena TMM2026, kerajaan menyasarkan kemasukan 40 juta pelancong asing dengan jangkaan pulangan RM216 bilion, selain 280 juta pelawat domestik.
Ia adalah sasaran terbesar dalam sejarah penganjuran kempen Tahun Melawat Malaysia.
Tourism Malaysia menjangkakan gelombang ini akan memberi impak langsung kepada peningkatan peluang komersial, termasuk pembukaan cawangan baharu, pembangunan produk pelancongan, dan pengukuhan perkhidmatan sokongan.
Data Tourism Malaysia juga menunjukkan 63 peratus daripada kemasukan adalah pelancong berbanding pelawat harian, menandakan trend pelawat kini lebih cenderung tinggal lebih lama di Malaysia.
"Pelancong bermalam menyumbang kepada perbelanjaan lebih tinggi yang menjadi faktor penting dalam merancakkan ekonomi tempatan.
"Dalam konteks TMM2026, tumpuan turut diberikan kepada usaha meningkatkan purata tempoh tinggal serta mengubah pelawat singkat atau pelawat harian supaya menjadi pelancong sepenuhnya," kata Salinda.
Ia digerakkan melalui usaha mengenal pasti produk pelancongan baharu, pakej unik, aktiviti malam, dan pengalaman mendalam bagi menggalakkan pelancong memanjangkan tempoh lawatan.
Menyedari kepentingan capaian pelancong global, Tourism Malaysia menetapkan strategi promosi TMM2026 dengan komposisi 70 peratus digital dan 30 peratus tradisional.
Pendekatan ini dijangka mewujudkan peluang luas kepada syarikat tempatan memanfaatkan pemasaran media sosial, kandungan digital, serta kerjasama dengan pencipta kandungan antarabangsa.
Pendekatan digital yang lebih agresif ini dijangka mengukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan serba lengkap, khususnya untuk segmen pelancong muda, premium, mesra Muslim, perubatan dan kesihatan, kulinari, pendidikan serta pelancongan bercampur urusan kerja dan rekreasi yang kini semakin mendapat permintaan.
Selari dengan strategi menarik pengunjung, TMM2026 turut menekankan peningkatan akses antarabangsa melalui tambahan kekerapan penerbangan dan kapasiti tempat duduk selain inisiatif seperti visa percuma untuk pelancong China dan India yang menyumbang kepada peningkatan mendadak pelancong dari kedua-dua negara itu.
Jika momentum ini kekal stabil sehingga TMM2026, Malaysia berpotensi
mengulangi kejayaan kempen TMM1990, TMM2007 dan TMM2014, sekali gus meletakkan
negara dalam radar global sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia.
-berita harian online.
KUALA LUMPUR: Malaysia's target of attracting 47 million visitors next year will be supported by stronger connectivity, broader promotional campaigns and enhanced tourism offerings, said the Malaysia Tourism Promotion Board (Tourism Malaysia).
Its strategic planning division senior director Salinda Sany said the agency expects a significant rise in foreign tourist arrivals in 2026 as the country gears up for Visit Malaysia 2026.
Tourism Malaysia has set a target of 40 million tourist arrivals
this year, with current momentum suggesting the figure could be surpassed.
"From January to August, Malaysia recorded 28.2 million foreign visitors, a 14.5 per cent year-on-year increase, surpassing pre-pandemic levels," Salinda said at the 20th Bursa Malaysia–Hong Leong Investment Bank Stratum Focus Series presentation today.
Salinda said that tourism's critical contribution to the economy, noting that it accounted for 15.1 per cent of gross domestic product, equivalent to RM291 billion.
"One out of every six ringgit generated in our economy comes
from tourism activities," she said, adding that foreign visitor spending
directly strengthens Malaysia's fiscal position.
Of the 28.2 million foreign arrivals recorded up to August, 63 per cent were overnight tourists, while 37 per cent were day-trippers.
"Tourists stay longer, spend more, and contribute to higher receipts and broader economic benefits," Salinda added.
Singapore remained Malaysia's largest source market, accounting for five out of every 10 foreign visitors, or 13.9 million arrivals, followed by China with 3.26 million, boosted by visa-free entry and stronger connectivity.
Other key markets include Indonesia, Thailand, and India, with arrivals from India showing a 94 per cent increase compared with 2019.
"Malaysia continues to be among the top performers in Asean, alongside Vietnam, with both countries recording positive growth compared with 2019," she said.
Malaysia currently has more than 5,300 hotels offering 350,000 rooms, with hotel occupancy at 54.1 per cent in the first half of 2025, higher than the previous year.
Domestic travellers made up 64 per cent of hotel guests, accounting for 48.7 million stays, indicating strong internal tourism activity.
Tourism Malaysia functions as the promotional arm of the Ministry of Tourism, Arts and Culture, overseeing marketing, advertising, and branding, while the ministry handles policy and licensing.
For Visit Malaysia 2026, the government targets RM216 billion in foreign tourism receipts in 2025 and RM329 billion in 2026.
Domestic visitor targets stand at 280 million for 2025 and 302 million for 2026.
To achieve these targets, Malaysia plans to strengthen branding under campaigns such as Malaysia Truly Asia and Cuti-Cuti Malaysia, expand collaborations with airlines and online travel agencies, and improve accessibility via air, land, and sea connectivity.
The country also aims to promote niche segments, including luxury, wellness, cruise tourism, Muslim-friendly travel, and the Malaysia My Second Home programme.
"Nowadays, digital marketing is a priority because most travel
inspirations come from platforms like TikTok and social media. It helps us
reach travellers and encourage them to spend and visit Malaysia," Salinda
added.
-nst online.
IHG Hotels & Resorts (IHG) has signed Mangala Estate Kuantan, a 67-villa retreat, marking the entry of its Vignette Collection brand into Malaysia.
The signing, in partnership with Franky Group of Companies, will see
the property join IHG’s system in mid-2026, before being refurbished and
rebranded as Mangala Estate Kuantan, Vignette Collection by IHG in 2027.
Vignette Collection is IHG’s first collection brand, offering independent hotels the chance to retain their unique character while benefiting from IHG’s global platform. The brand aligns with Mangala Estate Kuantan’s nature-led design, which includes villas named to reflect their character, lush greenery, palm plantations, and a habitat for over 100 bird species.
The resort will feature 67 villas, including single villas with private pools, lake-view villas, and two-bedroom pool villas. It will offer an all-day dining restaurant, a poolside bar with farm-to-table menus, personalised dining, spa and wellness facilities, as well as two lakes for kayaking and water activities. Meeting spaces will accommodate up to 400 guests for corporate or private events.
Bryan Chan, vice president, development, South East Asia & Korea, IHG, said: “With its one-of-a-kind stay within a destination renowned for its scenic beaches and stunning waterfalls, we know that it will continue to be one of the leading hotels in the area following refurbishment and provide travellers with truly memorable stays.”
Franky Chua, managing director and founder of Franky Group, added:
“We are excited to partner with IHG and introduce Mangala Estate Resort Kuantan
to the Vignette Collection portfolio. IHG’s global reputation for excellence,
together with Vignette Collection’s focus on individuality and purpose, makes
this brand a perfect fit to share our story with a broader audience.”
-TTG Asia.
LANGKAWI: Hotel occupancy on the island has surged past 90 per cent for the first time this year, ahead of the upcoming school holidays and Christmas celebrations next week.
The sharp increase is believed to be driven by thousands of tourists choosing Langkawi as an alternative holiday destination following severe flooding in Hat Yai, Thailand.
Langkawi Development Authority (LADA) deputy chief executive officer
Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin said the island's tourism sector is bracing for
a significant rise in visitor arrivals over the final two weeks of December.
"Based on available data, hotel bookings in Pantai Cenang and Pantai Tengah, as well as several hotels around Kuah town, have already exceeded 90 per cent occupancy.
"As such, we are targeting 400,000 tourist arrivals to the island this month," he said in a press conference yesterday.
Wan Kamarul said the projection was realistic, given that December
is the peak holiday season, coupled with the 'Langkawi Special Deals' campaign
offering discounts of up to 70 per cent.
"The increase in tourist arrivals this month is expected to help ensure Langkawi achieves its target of 3.5 million visitors this year.
"As of Nov 30, the island has recorded 2.75 million tourist arrivals," he said.
He added that major events such as the Langkawi International Half
Marathon 2025 had also contributed to the uptick, with about 20,000
participants and family members visiting the island three days ago.
-nst online.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Memancing Ikan
Toman Piala YAB. Dato' Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan!
Uji kemahiran memancing anda dan rebut peluang memenangi hadiah
menarik.
Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 07.00 Pagi
Tempat : Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP),
Tasik Pergau, Jajahan Jeli, Kelantan.
Yuran Penyertaan : RM10
Link Pendaftaran :
https://forms.gle/nuNMjv8ctB4LNdpH8
-Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.
8 Disember 2025, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh:
Tourism Perak bersama YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak menyambut
ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Singapura ke Ipoh. Ketibaan
penumpang diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN) serta kehadiran maskot pelancongan negeri, Kopiro, yang
memeriahkan suasana.
Sebagai tanda sokongan dan hospitaliti negeri Perak, setiap
penumpang dan tetamu menerima Perak Welcome Goodie Pack yang mengandungi
cenderamata dan bahan informasi pelancongan. Laluan penerbangan terus ini
dijangka memberi rangsangan baharu kepada sektor pelancongan negeri menjelang
Tahun Melawat Malaysia 2026, membuka akses lebih mudah kepada pelancong dari
Singapura dan rantau sekitarnya.
-Tourism Perak.
KUALA LUMPUR: AirAsia Aviation Group expects to receive 11 new aircraft next year, alongside an additional 15 to 30 planes from the lease market, as it ramps up its network expansion plan.
Group chief executive officer Bo Lingam said the new jets will include four Airbus A321LRs (long-range) and seven A321neos (new engine option), while the additional aircraft will be classic A320ceos (current engine option).
"In 2026, 11 new aircraft with an additional 15 to 30 classic A320ceos to fill up the gap. We need to grow in Indonesia, the Philippines and all," he told Business Times.
Bo added that the airline group received five new A321neos in 2025.
The fleet expansion comes as AirAsia prepares to launch a new Middle East gateway in Bahrain, targeting a launch after June 2026.
Bo said AirAsia plans to operate Kuala Lumpur–Bahrain flights as the
first step, with Bangkok also under consideration. Bahrain could then serve as
a springboard for longer-haul routes.
"I'm looking at flying from KL and probably even from Bangkok, and then from there we will go beyond. We have not identified where we want to go from Bahrain. It could be the UK; it could be other parts of Europe. That's not confirmed yet. We're working on it now," he said.
He added that the airline is coordinating with Bahrain's Tourism Ministry and other agencies to build awareness and position the Kingdom as a Middle Eastern hub.
"Because it's a new route, we have to create awareness. But we are working with the Bahrain Tourism Ministry and all the relevant agencies on how we make it a hub for us in the Middle East," he said.
Bo said Bahrain was chosen over larger hubs such as Dubai or Abu Dhabi due to competitive advantages and strong support.
"Competition and Bahrain can give us very good support in terms of rates, the airport is not congested, and so forth. Infrastructure is there. It's easy. You get a first-mover advantage as well. And they are hungry. They're very hungry," he said.
On the possibility of using Bahrain to resume flights to London, Bo said it remains under consideration depending on aircraft availability, particularly the A330 fleet.
He added that AirAsia plans to expand beyond Bahrain soon after launching the new service.
"We could also start KL–Bahrain–London or Paris or Spain, I'm not sure. We'll start at one go. We just don't stop there," Bo said.
AirAsia Aviation Group, which operates airlines in Malaysia, Indonesia, Thailand, Cambodia, and the Philippines, is set to be acquired by AirAsia X Bhd and consolidated into a single, unified AirAsia Group.
The move is part of a broader strategy to simplify the group's
corporate structure, streamline operations, and strengthen financial
resilience.
-nst online.
KUALA LUMPUR, 2 December 2025 – Firefly Airlines today marked a
major milestone in its regional growth with the successful launch of its
inaugural direct flight from Mactan-Cebu International Airport (CEB) to KL
International Airport (KUL). This strategic new route underscores the airline’s
commitment in strengthening the connectivity between Malaysia and the
Philippines which supports the Malaysia’s tourism industry ahead of the Visit
Malaysia 2026 (VM2026) campaign.
The inaugural flight, FY3963, departed Mactan–Cebu International
Airport (CEB) at 2:00 p.m. and arrived at Kuala Lumpur International Airport
(KLIA) at approximately 5:40 p.m. Effective from 2nd December 2025, Firefly
Airlines will operate five direct weekly flights between Cebu and Kuala Lumpur
using the Boeing 737-800 aircraft, which offers 189 seats per flight to
accommodate increasing demand between the two cities.
-Tourism Malaysia.
Singgah ke reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di
Program Rancakkan MADANI untuk menikmati:
> Aktiviti ‘Virtual Realiti’
> Jualan Kraf & Batik Rahmah
> Demonstrasi Batik & Interaktif Kraf Mewarna Batik
> Persembahan Buskers
> Demonstrasi Arkeologi
> Edaran makanan warisan
> Persembahan kebudayaan
> Jualan batik dan kraftangan
> Sesi interaktif doodles
Dan kemunculan maskot Wira & Manja!
Ini spot yang confirm meriah sepanjang tiga hari! Paling best
peluang melihat demonstrasi roti canai terbang dan teh tarik
Tarikh: 5–7 Disember 2025
Lokasi: Dataran Putrajaya
Jom datang ramai-ramai!
-MOTAC.
Shah Alam, 30 November 2025: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG), dan KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi melancarkan pembangunan Magika Studios, sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang.
Tarikan ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, teknologi moden dan elemen penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan Sungai Klang.
Terletak di kawasan Mangrove Point seluas 70 ekar, yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Raja Lumu, Magika Studios bakal menjadi tarikan unik yang mempamerkan keindahan hutan paya bakau serta mempromosikan nilai kelestarian melalui hiburan dan pendidikan.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan berasaskan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) di bawah SMG, yang menekankan penggunaan teknologi dan hiburan sebagai medium pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Ia menonjolkan bagaimana pembangunan mampan dapat diwujudkan selaras dengan pemeliharaan ekosistem semula jadi, sekali gus menjadikan Sungai Klang bukan sekadar sungai yang dipulihkan, tetapi nadi baharu kepada ekonomi hijau dan pelancongan negeri.
Melalui persembahan cahaya imersif dan penceritaan kreatif menggunakan watak-watak dongeng tempatan, Magika Studios dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif LLSB sebagai agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memulihkan dan memelihara ekosistem Sungai Klang.
Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin berkata, “Pembangunan Magika Studios merupakan satu pencapaian penting di bawah Fasa II Pelan Pembangunan Selangor Maritime Gateway (SMG) iaitu Pembangunan Berdaya Impak (2024–2030), yang bertujuan untuk merealisasikan potensi ekonomi melalui usaha pemuliharaan dan pembangunan mampan di sepanjang Sungai Klang.”
“Projek ini mencerminkan komitmen kami terhadap prinsip ESG, khususnya dalam memperkukuh kesedaran awam tentang pemuliharaan alam sekitar melalui pendidikan kreatif dan pelancongan bertanggungjawab. Dengan menggabungkan elemen alam semula jadi, inovasi dan penceritaan, Magika Studios bukan sahaja dapat meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap pemuliharaan sungai, malah merangsang aktiviti ekonomi dan pelancongan di Selangor, menjadikan Sungai Klang lambang kelestarian dan kebanggaan negeri.”
Antara tarikan utama yang ditawarkan termasuk:
i. Persembahan “animatronics” dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan dan mesej pemeliharaan alam sekitar;
ii. Pencahayaan ‘immersive’ di hutan paya bakau;
iii. Pameran untuk memupuk perasaan sayang terhadap haiwan;
iv. Aktiviti lawatan berpandu di sepanjang 1 kilometer ‘boardwalk’ untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dan hidupan liar di habitat semula jadi; serta
v. Aktiviti sungai dan air untuk pelancong dan komuniti setempat.
Dengan jarak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Magika Studios dijangka menjadi produk pelancongan baharu Selangor yang akan menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa, seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Tambah Syaiful Azmen, “Melalui kerjasama dengan KRU Entertainment, kami memperkenalkan bentuk pelancongan sungai yang baharu, menggabungkan hiburan, pendidikan alam sekitar, dan penglibatan komuniti. Sungai Klang kini menjadi simbol kebanggaan dan inspirasi rakyat Selangor.”
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim, pula berkata, “Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan LLSB atas peluang merealisasikan visi kami untuk mengadaptasi pengalaman sinematik filem Magika, yang telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini, kepada tarikan taman tema berbentuk didik-hibur. Kerjasama ini membolehkan kami menggabungkan kepakaran dalam bidang hiburan dan teknologi digital dengan aspirasi LLSB untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.”
“Magika Studios akan menjadi platform di mana kreativiti, pendidikan dan kelestarian disatukan, menghasilkan pengalaman unik kepada pengunjung sambil menyampaikan mesej penting tentang penjagaan sungai dan alam semula jadi. Inisiatif ini membuktikan bahawa pembangunan mampan boleh diwujudkan melalui pendekatan kreatif yang memberikan manfaat kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Kami percaya bahawa projek ini bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan Sungai Klang, tetapi juga membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, pendidikan dan ekonomi hijau.”
Majlis pengumuman hari ini menandakan permulaan kepada pembangunan penuh Magika Studios, yang dijangka dibuka secara rasmi pada pertengahan tahun 2026. Inisiatif ini memperkukuh pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway ke arah pembangunan berimpak tinggi yang menyeimbangkan kemajuan ekonomi dan kemampanan alam sekitar, selaras dengan visi menjadikan Sungai Klang sebagai sungai yang lestari dan berdaya huni di Malaysia.
-Didz Squad Studios.
SEPANG, 28 November 2025 - Tourism Malaysia welcomes the resumption
of Spring Airlines' operations in Malaysia with the successful commencement of
its new scheduled service connecting Shanghai, China, to Kuala Lumpur. The
inaugural flight, 9C6523, arrived at KL International Airport (KLIA) Terminal 2
at 4:55 p.m. today, marking the airline's significant re-entry into the
Malaysian market following the cessation of its operations in 2023.
Utilising an Airbus A320 with a 180-seat capacity, the new daily
service provides seamless connectivity for travellers from Eastern China,
particularly Shanghai and surrounding regions. The route is set to bolster
tourism, business opportunities, and cultural exchange between the two nations.
-Tourism Malaysia.
KUALA
LUMPUR, 28 NOVEMBER 2025 - The world's favourite board game, MONOPOLY, has
launched the Kuala Lumpur Edition, a celebration of Malaysia's capital city and
its most iconic landmarks, neighbourhoods, and cultural touchstones. The launch
event at KL International Airport (KLIA) marks one of the first milestones of
the Visit Malaysia 2026 campaign, positioning the city as a must-visit
destination for travelers from around the world.
Developed
by Winning Moves under license from Hasbro, a leading games, IP and toy
company, the new edition features Kuala Lumpur's most beloved sites. Players
can now buy, sell, and trade their way through the Petronas Twin Towers,
Merdeka Square, Bukit Bintang, Kampung Baru, Chinatown, Jalan Alor, and more -
each square capturing a unique part of the city's culture and history.
-Tourism Malaysia.