Monday, 8 December 2025

Penerbangan Sulung Batik Air Singapura Ipoh Disambut Meriah

 

8 Disember 2025, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh:

Tourism Perak bersama YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak menyambut ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Singapura ke Ipoh. Ketibaan penumpang diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta kehadiran maskot pelancongan negeri, Kopiro, yang memeriahkan suasana.

Sebagai tanda sokongan dan hospitaliti negeri Perak, setiap penumpang dan tetamu menerima Perak Welcome Goodie Pack yang mengandungi cenderamata dan bahan informasi pelancongan. Laluan penerbangan terus ini dijangka memberi rangsangan baharu kepada sektor pelancongan negeri menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, membuka akses lebih mudah kepada pelancong dari Singapura dan rantau sekitarnya.

-Tourism Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.