28 OGOS (KUALA LUMPUR) | Istana Budaya (IB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempersembahkan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po (TMPHLP) di Encore Melaka pada 3 hingga 6 Oktober 2024 bersempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.
Pementasan
yang dihidupkan semula selepas 20 tahun ini bakal menampilkan 32 gubahan muzik
lebih segar yang akan dimainkan secara langsung oleh 49 pemuzik dari Orkestra
Tradisional Malaysia, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan pemuzik jemputan yang
diketuai oleh Pengarah Muzik IB, Encik Mohd Yazid Zakaria.
Selaku
pihak yang dipertanggungjawabkan untuk merayakan hubungan diplomatik
Malaysia-China melalui seni persembahan, inisiatif ini adalah selari dengan
usaha yang dihasratkan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI. MOTAC yakin bahawa
TMPHLP yang digerakkan oleh IB ini akan mampu mencapai malah berkemungkinan
melebihi ekspektasi menghasilkan kualiti pementasan asal.
TMPHLP yang
mengangkat tema cinta dan tanggungjawab telah dipilih bagi memperingati
persahabatan antara Maharaja Cina dan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15,
di samping menyemarakkan lagi industri pelancongan dan budaya Malaysia.
Untuk
maklumat lebih lanjut atau urusan tempahan tiket, orang awam boleh melayari
portal dan platfom media sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan
Awam, Istana Budaya di talian 03-4026 5555 / e-mel ke info@istanabudaya.gov.my.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.