Thursday, 31 July 2025

Visit Tourism Malaysia Pavilion @ MITM Travel Fair @ Mid Valley Exhibition Centre ( 1 ~ 3 August 2025 )

 


Please visit Tourism Malaysia Pavilion (F01~F06) at MITM Travel Fair @ Mid Valley Exhibition Centre on 1 ~ 3 August 2025.

The participatants are:

> Danz Taman Negara

> Flywind Holidays

> Glamping Park

> Honeyzone Langkawi

> Seroja Anggerik Travel & Tours

> SuperPark Malaysia

> Tingkat Valley, Ipoh

> Wet World Shah Alam & Jungle Gym

-Tourism Malaysia.

13MP: New Special Tourism Investment Zones in four states

 

KUALA LUMPUR: New Special Tourism Investment Zones (STIZ) will be developed in Johor, Melaka, Negri Sembilan and Sarawak. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said this would involve collaboration between the federal government, state governments, the private sector and cooperatives. 

"These zones will serve as catalysts for the creation of new tourism products, including those based on artistic, cultural and heritage assets, as well as natural attractions." 

He cited the Sungai Batu Civilisation site in Kedah, Lenggong Valley and Niah Caves, all recognised by Unesco, as examples of natural attractions.

The five-year 13MP, which covers the period from 2026 to 2030, provides a strategic framework for Malaysia's economic, social and environmental priorities. 

The plan comes as the nation navigates an increasingly complex global environment and a broad domestic reform agenda.

The 13MP will also serve as a key policy platform for the unity government, which has anchored much of its governance on the principles of the Madani Economy. 

Previously, Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the 13MP reflected the government's commitment to building a more inclusive and sustainable economic foundation over the next five years.

-nst online.

Wednesday, 30 July 2025

Program Suaikenal (Fam-Trip) Refreshing Langkawi 99 Magical Islands V2: VIBES & HEALING

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi telah menganjurkan (Fam-Trip) Refreshing Langkawi 99 Magical Island V2: VIBES & HEALING 2025 pada 21 hingga 24 Julai 2025.

Program ini melibatkan seramai 18 peserta terdiri daripada  pempengaruh media sosial, wakil agensi pelancongan, serta para pegawai Tourism Malaysia dengan objektif mempromosikan keunikan destinasi produk pelancongan yang sedia ada dan juga yang terkini di Pulau Langkawi terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Dream Forest, Rumah Makan Mahsuri, Pulau Tuba, Jetski Tour ke Gua Selat Panchor,Pulau Batu Reban, Eagle Square, Balai Seni Negara Langkawi, Maha Tower turut diperkenalkan kepada peserta yang terlibat.

Program ini turut mengadakan pra-pelancaran pakej pelancongan Pulau Langkawi sebagai panduan kepada agensi pelancongan dalam merangka pakej yang lebih menarik untuk pelancong. Inisiatif ini merupakan antara usaha mempromosikan keunikan destinasi dan produk pelancongan sedia ada serta terkini di Pulau Langkawi, melalui jalinan kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan dan pempengaruh tempatan.

-Tourism Malaysia.

MOTAC perhebat promosi TMM 2026 di peringkat antarabangsa

 

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) giat memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif strategik, khusus bagi menarik kehadiran pelancong berkualiti tinggi serta pelaburan mampan dalam sektor pelancongan negara. 

Timbalan Menterinya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara langkah utama yang diambil adalah melalui kerjasama erat dengan agensi pelancongan luar negara menerusi pejabat Tourism Malaysia di luar negara. 

"Usaha ini dilaksanakan melalui pelaksanaan kempen promosi bersasar menggunakan platform digital dan media sosial antarabangsa seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, yang mampu memberi capaian meluas serta berimpak tinggi. 

"Selain itu, MOTAC turut menyertai pameran pelancongan antarabangsa berprestij seperti World Travel Market (WTM) di London, ITB Berlin, Arabian Travel Market dan ASEAN Tourism Forum, bagi memperluas rangkaian industri dan mempromosi destinasi Malaysia kepada pasaran global. 

"Turut diberi tumpuan ialah kempen kolaboratif bersama rakan strategik seperti syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian dan pengendali pelancongan bagi menyediakan pakej menarik dan bersepadu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sesi jawab lisan di Dewab Rakyat, di sini hari ini. 

Terdahulu, Mas Ermieyati mengemukakan soalan berhubung rancangan MOTAC dalam memperhebat promosi TMM 2026 di media antarabangsa.

Khairul Firdaus berkata MOTAC memberi penekanan kepada naratif konsisten yang mengetengahkan pengalaman autentik, kelestarian serta pelancongan berkualiti. 

Beliau berkata, produk pelancongan berasaskan budaya, warisan dan alam semula jadi seperti eko-pelancongan, pelancongan makanan, Islamik, kesihatan dan komuniti terus dipromosikan sebagai aset utama. 

"Naratif turut diperkukuh melalui penceritaan kisah kejayaan tempatan yang menyentuh emosi pelancong dan mampu membina hubungan jangka panjang. 

"Di samping itu, kementerian komited mempertingkat pengalaman pelancong dengan pembangunan infrastruktur pelancongan, kemudahan digital serta kempen kesedaran yang berfokuskan TMM 2026," katanya. 

Katanya, dalam usaha menarik pelancong berkualiti tinggi, MOTAC memberi tumpuan khusus kepada segmen pelancong dari negara berpendapatan tinggi serta pasaran khusus seperti pelancongan perniagaan dan mewah. 

Inisiatif itu turut merangkumi pembangunan destinasi melalui pensijilan hijau dan pelaksanaan prinsip pelancongan bertanggungjawab, yang diyakini akan menarik minat pelabur dan pelancong beretika. 

"MOTAC menegaskan bahawa TMM 2026 bukan sekadar acara promosi, tetapi berperanan sebagai pemangkin utama pemulihan dan pertumbuhan industri pelancongan negara pasca pandemik. 

"Malaysia disasarkan muncul sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menarik, tetapi juga mampan, inklusif dan bernilai tinggi di mata dunia," katanya.

-berita rtm.

Tuesday, 29 July 2025

Recognising Malaysia’s tourism trailblazers

 

THIS year’s Tourism Industry Awards is set to celebrate the best in the industry across 90 categories. 

“The awards encompass various aspects of tourism such as hotels, tour guides, tourism products, shopping centres and convention centres,” said its organising chairman Datuk Emmy Suraya Hussein. 

The second edition of the awards has drawn 150 entries, and some 1,100 local and international tourism players are expected to attend the Aug 9 ceremony at a hotel in Bandar Sunway, Petaling Jaya in Selangor. 

“It is also the first time we are collaborating with Tourism Selangor, in conjunction with Visit Selangor Year 2025 (VSY 2025). 

“This is a good chance to strengthen our relationship and provide more opportunities for local tourism players, especially those in Selangor,” she said during a press conference. 

Emmy Suraya said the award ceremony was also a celebration of resilience, creativity and excellence in tourism.

“As Malaysia continues to elevate its position as a top global travel destination, these awards honour trailblazers who have made significant contributions to the tourism industry,” she said. 

The awards are jointly organised by Malaysia International Tourism Development Association (Mitda), Tourism Selangor and a travel magazine. 

Also present at the press conference were Mitda president Captain (Rtd) Mahadzir Mansor, Tourism Selangor chief executive officer Chua Yee Ling, Tourism Industry Awards 2025 head juror Datuk Rashidi Hasbullah and Tourism Malaysia senior director (package development division) Azimah Aziz. 

Sunway Hospitality Group chief executive officer Alex Castaldi and Subang Jaya deputy mayor Mohd Zulkurnain Che Ali also attended the event which saw the launch of Tourism Industry Awards 2025. 

Mahadzir said each winner would have the chance to promote their products to both local and international audiences. 

“Mitda will provide the winners with slots to promote their tourism packages and products via World Tourism Channel, Mitda’s electronic platform.” 

He said the winners’ products would also be promoted in the travel magazine as well as other print media. 

“Winners will also be recognised as a ‘Tourism Ambassador of Malaysia’ to help promote the country’s tourism industry,” he added. 

Meanwhile, Chua said Selangor government had introduced 20 special award categories to recognise the contributions of tourism players and media professionals across the state. 

“Tourism Industry Awards 2025 is more than a celebration. 

“It is also a strategic platform to promote VSY 2025 and our signature domestic tourism campaign ‘Selangor Kan Ada’. 

“It is also an appreciation for those who have played a role in boosting tourist arrivals and enriching the tourism landscape in Selangor. 

“We believe that by acknowledging these efforts, we can inspire more innovation, sustainability and excellence across the industry,” she said. 

Chua added that the awards ceremony was also a good avenue for tourism players to gather and exchange opinions to elevate the industry.

-thestar online.

Monday, 28 July 2025

Tour Gateh D'Tranung tarik 26 pasukan dalam dan luar negara

 

KUALA TERENGGANU: Biarpun berbaki tiga bulan lagi sebelum saingan Tour Gateh D'Tranung membuka tirainya pada Oktober ini, kehangatannya sudah mula dirasai. 

Selain penyertaan pasukan terbaik Asia, Terengganu Cycling Team (TSG), sepuluh pasukan dari luar negara turut mengesahkan kehadiran untuk menyertai perlumbaan edisi keempat itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kejohanan yang bakal bermula 25 Oktober hingga 3 November itu turut disertai 12 pasukan tempatan. 

"Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM216,000 itu menarik kehadiran 12 pasukan tempatan dan 14 pasukan dari luar negara menjadikan keseluruhan 24 pasukan.

"Indonesia paling banyak menghantar pasukan iaitu Jakarta Pro Cycling Team, ASC Monsters Indonesia dan Pasukan Kebangsaan Indonesia manakala Thailand dan Filipina masing-masing menghantar dua pasukan. 

"Pasukan dari Singapura, Australia, Belanda, China, Hong Kong, United Kingdom dan Jepun turut tidak ketinggalan untuk merasai kehangatan jelajah Terengganu itu apabila masing-masing menghantar satu pasukan menjadikan keseluruhan 14 pasukan dari luar negara yang bakal bersaing dalam kejohanan itu. 

"Pasukan tempatan juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran pasukan yang berpangkalan di Terengganu iaitu TSG selain MPC, pasukan negeri serta kelab tempatan," katanya pada sidang media Tour Gateh D'Tranung di Wisma Darul Iman, petang ini yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya. 

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, perlumbaan pada edisi ini akan melalui semua daerah di Terengganu yang bakal bermula di Kuala Nerus dan berakhir di Kuala Terengganu. 

"Pada edisi ini, kita melalui semua lapan daerah di Terengganu sebagai salah satu mempromosikan lagi tempat-tempat yang menarik di negeri ini dengan jarak keseluruhan sejauh 910.5 kilometer (km). 

"Pada kejohanan yang bakal menerapkan elemen kraftangan kayu Terengganu pada semua bahan bercetak termasuk jersi, lima kategori dipertandingkan iaitu Raja Pecut, Raja Bukit, Juara Keseluruhan Individu, Kelab Tempatan Terbaik dan Terbaik Bawah 23 Tahun. 

"Besar harapan kita agar jelajah Terengganu ini bukan sahaja mampu melahirkan lebih ramai lagi pelumba berbakat tapi fokus kita juga untuk memperkenalkan lagi Terengganu sebagai destinasi pelancongan terbaik negara selain menjadikan kejohanan ini sebagai jenama antarabangasa sekali gus dicatat dalam kalendar sukan berbasikal dunia," katanya.

-berita harian online.

Malaysia Healthcare Travel Council Launches MYMT 2026, Malaysia's First Medical Tourism Year

 

KUALA LUMPUR, Malaysia, July 28, 2025 /PRNewswire/ -- The Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)  launched Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). The Honourable Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Minister of Health Malaysia, officiated the event, unveiling the campaign's logo and tagline, "Healing Meets Hospitality."

MYMT 2026 aims to position Malaysia as a premier medical tourism destination by  showcasing its advanced healthcare services and hospitality. The campaign also seeks to attract international health travellers by highlighting the nation's advanced medical facilities, skilled professionals and holistic wellness offerings. Renowned Malaysian singer Dato' Seri Siti Nurhaliza was announced as the campaign's ambassador, lending her voice to promote  Malaysia's medical tourism vision.

In 2024, Malaysia welcomed 1.6 million healthcare travellers, reflecting a 14% year-on-year  increase, and generated RM2.72 billion in revenue, a remarkable 21% growth compared to  2023. MYMT 2026 is poised to elevate these achievements, aligning with MHTC's ambitious goal of achieving RM12 billion in industry revenue by 2030.

The launch also spotlighted the Flagship Medical Tourism Hospital (FMTH) programme,  recognising four outstanding institutions: Institut Jantung Negara, Island Hospital Penang,  Mahkota Medical Centre, and Subang Jaya Medical Centre. These hospitals, selected for their excellence in clinical care, innovation, and international patient services, are undergoing final evaluations, with the winner to be announced in December 2025.

"Malaysia is no stranger as the medical tourism destination of choice, serving an array of  healing journeys for our healthcare travellers to choose from. Now, not only are we focusing on modern medicine alone, we are also exploring a more integrative healthcare a holistic  ecosystem that blends modern medicine, wellness, Traditional & Complementary Medicine  (T&CM) and preventive care," said The Honourable Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,  Chairman of MHTC.

For more details on MYMT 2026, visit www.malaysiahealthcare.org.

-Malaysia Healthcare Travel Council.

Tourism Malaysia participated in After Work Fest

 

PULAU PINANG, 26 & 27 July - Tourism Malaysia participated in After Work Fest, a vibrant lifestyle event featuring performances from Malaysia & Taiwan Mandarin artists, as well as craft bazaar organised by 988 FM radio station.

This festival served as a strategic platform to promote the upcoming Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign and to strengthen awareness of Malaysia’s unique tourism experiences both to the local and international audiences.

As part of its promotional activities, Tourism Malaysia featured interactives experience such as virtual reality (VR) for interesting activities tourists can experience while visiting Malaysia and photo booth featuring the official campaign mascots, Wira & Manja. Special appearance of models with Sabah & Sarawak attire also drew enthusiastic crowds, allowing visitors to capture fun and memorable moments while learning more about Visit Malaysia 2026.

Tourism Malaysia's participation in this event reflects our continuous efforts to reach diverse demographic groups and successfully encouraging the audiences to rediscover Malaysia and exciting place to visit for 2026.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 27 July 2025

Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) Launches in Indonesia with Exclusive Travel Deals

 

Malaysia Airlines is pleased to launch its Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) in Indonesia, offering travellers the opportunity to enjoy up to 25% off on fares to a wide range of international and regional destinations. Available for booking from 23 July to 10 August 2025, these exclusive fares are perfect for planning immediate getaways or future adventures, with travel valid through 31 May 2026. 

This limited-time offer encourages travellers to plan their next adventure to some of the world’s most sought-after cities — including Kuala Lumpur (KUL), Chiang Mai (CNX), Tokyo (NRT), Seoul (ICN), Hong Kong (HKG), Shanghai (PVG), Brisbane (BNE), Singapore (SIN), Da Nang (DAD), the Maldives (MLE), and many more. 

As a full-service carrier, Malaysia Airlines ensures a premium travel experience with complimentary meals,generous baggage allowance, and unlimited Wi-Fi on eligible flights. Customers who book directly via theMalaysia Airlines website or mobile app can enjoy a host of exclusive benefits, including free refunds and unlimited complimentary rebooking on selected fares. Travellers can further enhance their journey with a range of personalised options, such as seat selection, Chef-on-Call meals, lounge access, and more. 

Direct bookings also unlock up to 15% savings on the next flight, along with special child fare discounts –making it even easier for families to travel with comfort and convenience. As part of its commitment to enriching the travel journey, Malaysia Airlines’ Bonus Side Trip (BST) programme invites international passengers to double their adventure with a stopover in Malaysia. This exclusive offer provides a complimentary domestic return flight to one of seven exciting destinations –including Penang, Langkawi, Johor Bahru, and Kota Bharu – with passengers only required to cover the applicable taxes. Fully integrated into the international ticket fare, this initiative transforms every visit into a multi-destination experience, offering travellers the chance to explore Malaysia’s rich culture and diverse attractions. 

Adding further value to this campaign, Enrich members will enjoy an additional 5% discount on MATFfares. Travellers who are not yet members are encouraged to sign up for free to enjoy this special offer and begin earning Enrich Points that can be redeemed for flights, upgrades, and other lifestyle rewards. 

Whether you’re planning a long-awaited reunion, a cultural exploration, or a relaxing retreat, MATF is theperfect opportunity to make every trip more rewarding. With Malaysia Airlines, it’s not just about reaching your destination – it’s about the warmth, comfort, and care you experience along the way. 

For more information and to book, visit www.malaysiaairlines.com or download the Malaysia Airlines mobile app today.

-Malaysia Airlines.

Thursday, 24 July 2025

Malaysia Domestic Tourism Fair 2025 @ MDTF ( 25 ~ 27 Julai 2025 )

 

Jom singgah di Reruai Tourism Malaysia di MAH Tourism Fair.

Tarikh: 25 ~ 27 Julai 2025

Masa: 11 pagi - 9 malam

Tempat: Pusat Konvensyen Pavilion Bukit Jalil

Temui pempamer-pempamer berikut:

> 99 Wonderland Park

> Haniff Travel

> Bangi Wonderland Water Theme Park

> Jom Travel Local

> Pulse Group Putrajaya

> Jungle Gym & Wet World Shah Alam

> Farm In The City

> Zamar Travel

> KL Hop On Hop Off City Tour

> Snowlim Wonderland

> Tanjak Adventure & Tour

> Superpark Malaysia

Serta ruangan berikut:

> Realiti Maya Pelancongan

> Sudut Karikatur

> Sudut Batik

-Tourism Malaysia.

RM50m in tourism, culture grants almost used up, says Tourism Malaysia

 

Tourism Malaysia Southern Region deputy director Awang Shawal Awang Sulaiman (second from right) launching the Visit Malaysia 2026 and Visit Johor 2026 vehicle stickers for tourism buses at Taman Mawar in Pasir Gudang today. - Pic by Mary Victoria Dass

PASIR GUDANG: The federal government's RM50 million allocation for grants to boost tourism and cultural activities has nearly run dry due to overwhelming response from industry players and event organisers. 

Tourism Malaysia Southern Region deputy director Awang Shawal Awang Sulaiman said the strong response to the Tourism Sector Support Grant (GSSP) and Cultural Sector Support Grant (GSSK) bodes well for the run-up to Visit Malaysia 2026. "We did not expect this level of interest. 

"It's barely halfway through the year but the RM20 million under GSSK and RM30 million under GSSP have been heavily subscribed since applications opened in January.

"We are confident the grants will continue next year. For now, we urge more organisers to apply before the end of the year," he said after launching the Visit Malaysia 2026 and Visit Johor 2026 (VJ2026) vehicle stickers for tourism buses at Taman Mawar here today. 

Present were state Tourism, Arts and Culture director Norazlin Abu Mutalib and Tourism Johor director Mohammad Nazrul Abd Rahim.

The initiative, organised with the Johor Tour Bus Operators Association, involved affixing campaign stickers on 70 tourism vehicles to raise public and visitor awareness. 

Awang Shawal said multiple agencies were committed to making VM2026 and VJ2026 successful through strategic partnerships and aggressive promotional drives. 

"This collaborative approach will strengthen Malaysia's tourism ecosystem and unlock more economic opportunities, especially for locals and industry stakeholders. 

"We are confident these efforts will reaffirm Malaysia's position as a premier global destination, with Johor as the gateway for Southeast Asian tourists," he said.

-nst online.

MAH Tourism Fair @ Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre ( 25 ~ 27 July 2025 )

 

MAH TOURISM FAIR – Biggest Hotel Fair!

Date: 25 – 27 July 2025 (Fri–Sun)

Time: 11:00 AM – 9:00 PM

Venue: Pavilion Bukit Jalil (Level 5, Pink Zone)

Get ready for a weekend of amazing hotel deals, family fun & FREEBIES!

> FREE Entry

> FREE Massage Sessions

> FREE Harmony Music Fest (Live Performances!)

> FREE RM20 Cash Vouchers (Shop & Claim)

> Lucky Draws worth RM100,000!

> FREE Shuttle from LRT Awan Besar

> Special hotel offers for Government Servants

Register now www.mahfair.my

Bring your family & plan your next holiday under one roof!

-MAH Tourism Fair.

Wednesday, 23 July 2025

Malaysia Fest 2025 @ Singapore Expo ( 31 July ~ 3 August 2025 )

 


We are thrilled to announce our participation in Malaysia Fest 2025 at Singapore Expo Hall 5A & 5B! Join us from 31 July to 3 August, daily from 10 AM to 10 PM, and explore the rich diversity and beauty of Malaysia.

Discover our vibrant Pavilion featuring incredible co-exhibitors showcasing the best offers! Check us out at the Fest!

-Tourism Malaysia.

Program Geopark Odyssey: Heritage & Archaeo Tourism 2025 @ Lipis Geopark 2025

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur telah menganjurkan FamTrip Program Geopark Odyssey : Heritage & Archaeo Tourism 2025 @ Lipis Geopark 2025 pada 18 hingga 20 Julai 2025 di daerah Jerantut dan Kuala Lipis, Pahang.

Program ini melibatkan  seramai 32 peserta terdiri daripada wakil agensi pelancongan, media tempatan,penghasil kandungan media sosial serta para pegawai daripada Perbadanan Taman Negeri Pahang, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang dan Majlis Daerah Lipis,  dengan objektif untuk memperkenalkan produk pelacongan yang berpotensi di daerah Jerantut dan Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Gua Kota Gelanggi,Gua Tagang,Gua Sisik Naga, Gua Bama, Perkampungan Orang Asli Pos Betau, Dataran Kars Merapoh,Taman Negara Sungai Relau, serta jejak warisan di sekitar bandar Kuala Lipis.

Program ini mengetengahkan keunikan geologi  Lipis Geopark serta aktiviti lasak seperti penjelajahan gua dan pendakian via ferrata serta budaya tempatan dan sejarah Jerantut dan Kuala Lipis.

Tourism Malaysia terus komited dalam menyokong pembangunan pelancongan setempat serta minat khas dalam usaha untuk memperluas ekosistem pelancongan berimpak tinggi menjelang Visit Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 22 July 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 @ Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ( 12 ~ 16 September 2025 )

 

Festival Budaya Malaysia 2025 (FBM 2025)

Lebih 300,000 pengunjung bakal hadir memeriahkan 68 pengisian aktiviti seni dan budaya dalam festival penuh warna-warni ini!

Antara tarikan utama:

> 9 Pertandingan Peringkat Antarabangsa

> 7 Pertandingan Peringkat Kebangsaan

> Lebih 100+ Gerai Jualan & Pameran

> 100+ Persembahan Gala Pergendangan Malaysia

> Persembahan Kebudayaan Pelbagai Kaum

> Persembahan Artis Popular Tanah Air

Jangan lepaskan peluang! Bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk merasai keindahan seni budaya Malaysia.

Kenangan manis di FBM 2025 pasti akan terpahat dalam ingatan anda!

-MOTAC.

AirAsia Sambung Semula Laluan Palembang – Kuala Lumpur

 

AirAsia Malaysia (AK461) telah menyambung semula laluan dari Palembang, Indonesia ke Kuala Lumpur bermula 18 Julai 2025. Laluan ini kini beroperasi setiap hari menggunakan pesawat A320 berkapasiti 186 tempat duduk.

Penyambungan semula laluan ini dijangka merancakkan lagi sektor pelancongan negara dengan menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke Malaysia.

Penerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II pada jam 11:00 pagi (waktu Indonesia) dan tiba di KLIA Terminal 2 pada jam 1:30 petang (waktu Malaysia).

Majlis sambutan ketibaan telah diketuai oleh Cik Jesslyne Heng, Ketua Pemasaran AirAsia dan Cik Jamilah Abdul Halim, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara, Tourism Malaysia, sebagai tanda sokongan terhadap penyambungan semula laluan ini.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 19 July 2025

LRC School Holiday Packages ( 14 ~ 18 September 2025 )

 


LRC School Holiday Packages

Cuti sekolah makin hampir. Penuhkan masa lapang anak-anak anda dengan program bermanfaat serta ilmu yang baru

AHAD - 14 SEP 2025

Archery Fun Day

ISNIN -  15 SEP 2025

Camping & Survival

SELASA - 16 SEP 2025

Sit On Top Kayak & Stand Up Paddle

RABU - 17 SEP 2025

Climb & Abseiling

KHAMIS - 18 SEP 2025

Orienteering & Hunt

Pakej termasuk -

> Breakfast dan lunch

> E - Certification

> Nota kursus yang mudah faham

Limit umur 7- 17 tahun sahaja

LINK PENDAFTARAN —

https://forms.gle/DtWS1vGDRDPRkEBH9

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi

wa.me/60132628857

-Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

Hari Koperasi Negara 2025 @ MITC, Melaka ( 25 ~ 27 Julai 2025 )

 


Bersatu Demi Komuniti, Berkoperasi Demi Negara! Ayuh gegarkan MITC Melaka!

Hari Koperasi Negara 2025

Tarikh: 25–27 Julai 2025

Pameran, jualan, forum, hiburan dan 1001 inspirasi koperasi menanti anda!

"Satu untuk semua, semua untuk satu"

Imbas kod QR & rancang perjalanan anda sekarang!

-World Tourism Melaka.

Pakej Lawatan Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari

 


Lawatan Sambil Belajar yang Tidak Akan Dilupakan di ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI!

Sedang merancang lawatan sambil belajar yang menyeronokkan dan penuh berinfomasi untuk pelajar anda?

Zoo Taiping & Night Safari menawarkan PAKEJ PENDIDIKAN istimewa yang direka khas untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang unik, menyeronokkan dan penuh bermakna di kawasan kehijauan alam semula jadi!

Apa yang Menarik?

> Lawatan berpandu oleh Renjer Zoo berpengalaman

> Aktiviti pendidikan dan interaktif bertemakan haiwan & konservasi

> Pendedahan kepada kepelbagaian spesies hidupan liar dan habitat semula jadi mereka

> Sesi pendidikan tentang pemuliharaan, penjagaan haiwan, dan kepentingan biodiversiti

> Pilihan melawat pada waktu siang atau malam – pengalaman Night Safari yang tak dapat dilupakan!

Pakej ini sangat sesuai untuk:

> Pelajar tadika

> Sekolah rendah & menengah

> Pelajar IPTA/IPTS

> Kelab alam sekitar, organisasi belia dan kumpulan komuniti

Disertakan juga (mengikut pakej-pakej yang disediakan):

> Cenderahati ZTNS

> Sijil penyertaan/ kek sambutan

> Tempat makan disediakan

> Kemudahan tempat solat & tandas

Tempahan perlu dibuat lebih awal (tertakluk kepada kekosongan tarikh)

Untuk pertanyaan & tempahan, hubungi kami di talian +05-808 6577/ +05-804 1045 atau emailkan surat permohonan anda ke email ZTNS (zootaiping@zootaiping.gov.my)

Atau DM terus ke FB kami untuk maklum balas segera!

Berikan peluang kepada pelajar anda untuk mempelajari dunia haiwan secara lebih dekat, membina sifat empati terhadap alam dan menimba ilmu secara _hands-on_ hanya di Zoo Taiping & Night Safari!

Kerana pembelajaran bukan hanya di dalam kelas, tetapi juga bersama alam

-Zoo Taiping & Night Safari.

Friday, 18 July 2025

Ekspo Perkahwinan Melayu Terbesar di Malaysia kini di PICC Putrajaya! (25 ~ 27 Julai 2025 )

 


Ekspo Perkahwinan Melayu TERBESAR di Malaysia kini di PICC Putrajaya!

Tarikh: 25 – 27 Julai 2025

Masa: 10 pagi – 10 malam

Masuk adalah PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang untuk explore produk eksklusif PULSE Group untuk hari bahagia anda:

Pulse Grande Hotel – lokasi impian untuk majlis resepsi dan penginapan elegan.

Wedding Cruise di Cruise Tasik Putrajaya – raikan cinta anda dengan pelayaran romantik!

Horse Rental Photoshoot di Taman Ekuestrian Putrajaya – photoshoot bertema fairytale, lengkap dengan kuda eksklusif!

Marina Putrajaya – lokasi outdoor yang memukau untuk majlis atau sesi fotografi.

PICC Putrajaya – lokasi gah untuk majlis resepsi dan juga tuan rumah ekspo ini!

Lebih 200 vendor tersedia untuk bantu realisasikan majlis impian anda. Jumpa kami di sana!

-Pulse Group.

Balai Seni Negara himpun karya kontemporari empat negara

 

KUALA LUMPUR: Pameran KePulauan: Refleksi BIMP-EAGA melalui seni kontemporari yang menghimpunkan karya dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina dirasmikan malam tadi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot di Balai Seni Negara. 

Pameran anjuran MOTAC melalui Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 31 Mei 2026 di Galeri 3A, Balai Seni Negara. 

Balai Seni Negara dalam kenyataan medianya menyebut, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda diplomasi budaya MOTAC yang terkandung dalam Pelan Strategik 2021–2025, selaras dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam sektor pelancongan dan kebudayaan serantau. 

Pameran ini juga katanya, menyokong visi BIMP-EAGA 2025 yang berteraskan prinsip berdaya tahan, inklusif, mampan dan berdaya saing dari segi ekonomi (R.I.S.E.), selain menjadi pengisian penting sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini.

"Ia turut memberi fokus kepada refleksi visual seniman dari rantau BIMP-EAGA yang menyentuh pelbagai tema termasuk ekonomi, hubungan sosial, penjagaan alam sekitar, keilmuan serta kearifan tempatan di kawasan timur ASEAN.

"Wilayah yang terbabit meliputi seluruh Kesultanan Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi dan Maluku di Indonesia, negeri Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia, dan kawasan selatan Filipina seperti Kepulauan Mindanao dan Palawan," katanya.

Antara seniman Malaysia yang terbabit dalam pameran itu termasuklah Josrie Haral, Muslim Mattajim dan Dr Mohamad Faizuan Mat. 

Sebanyak 12 karya dipamerkan membabitkan elbagai medium termasuk media campuran, instalasi, catan, fotografi, audio dan videografi. Antara karya yang ditampilkan termasuk satu daripada Koleksi Seni Visual Negara oleh seniman Malaysia, Yee I-Lann.

-berita harian online.