Tuesday 16 July 2024

Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan Perubatan

 


4 Julai 2024, Hotel Imperial Lexis, Kuala Lumpur - Tourism Malaysia melalui Unit Shopping & Lifestyle, Bahagian Pembangunan Pakej telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan Perubatan sebagai salah satu usaha dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelacongan kesihatan dan perubatan melalui pakej yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan di Malaysia.

Turut hadir bersama ialah wakil-wakil dari Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Tengah dan Wilayah Selatan untuk berkongsi mengenai produk-produk pelancongan sedia-ada dan terbaharu di sekitar hospital yang berkaitan.

Seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada agensi pelancongan serta wakil daripada Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) turut serta dalam bengkel ini.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.