Friday, 29 December 2023

Rapid KL lanjut operasi sempena ambang Tahun Baharu 2024

 


PETALING JAYA: Perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.30 pagi bersempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024 bagi memenuhi keperluan warga kota yang menghadiri sambutan itu sekitar pusat bandar.

Rapid KL memaklumkan, lanjutan operasi berkenaan melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL, tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

Katanya, stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan waktu operasi sehingga 1.30 pagi membabitkan Laluan Kelana Jaya: KLCC, Masjid Jamek dan Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya, Maluri.

Selain itu laluan Monorel: Bukit Bintang, Laluan Kajang: Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri dan MRT Laluan Putrajaya: TRX dan BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash.

“Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. Bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Semua stesen pertukaran rel turun dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir,” kata Rapid KL dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beberapa laluan bas Rapid KL yang terpilih juga akan melanjutkan waktu perkhidmatan hingga 1.30 pagi dan antaranya seperti laluan 173 Taman Jasa Utama-Lebuh Ampang, laluan 250 Stesen LRT Wangsa Maju-Lebuh Ampang dan laluan 250 Stesen LRT Wangsa Maju-Lebuh Ampang.

Dalam pada itu, Rapid KL menyarankan pengguna menggunakan kad Touch n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen atau ketika menaiki bas. 

“Bagi pengguna token, anda digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen,” katanya.

Selain itu, Rapid KL akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi menyokong keperluan operasi dan membantu melancarkan perjalanan penumpang dan demi keselesaan pengguna, kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah bermula pukul 1.00 petang pada hari tersebut sehingga tamat waktu operasi.

“Rapid KL menyarankan warga ibu kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara sempena tahun baru,” katanya.

Sebarang makluman lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKl atau melayari web: www.myrapid.com.my.

-utusan online.

Melaka govt expects over 8 million tourists next year

 

Melaka Chief Minister, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said around 55,000 vehicles enter Melaka every day. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Visit Melaka Year 2024 is expected to achieve the state government's target of welcoming eight million tourists next year.


Melaka Chief Minister, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said around 55,000 vehicles enter Melaka every day.


He said this figure is based on statistics or studies conducted every week, especially during school holiday seasons.


"If we were to estimate, we are targeting more than eight million people to visit throughout 2024.

"If it exceeds that, it indicates that Melaka is the preferred destination for tourists and visitors," he told the media after appearing on TV3's Malaysia Hari Ini (MHI) programme, this morning.

Ab Rauf said seven lucky draw prizes, each worth more than RM100,000, await visitors in Melaka next year.

He said these lucky draws would be conducted every three months during the year, where participation is subject to certain conditions.

"We have 80 hotels and village stays that have signed agreements to promote Visit Melaka Year 2024.

"Come to Melaka, choose a partner hotel to ensure visitors receive vouchers, and participate in a lucky draw for a car every three months... Spend RM500 to potentially get a car," he said, adding that the Visit Melaka Year 2024 celebration will commence tomorrow with the organisation of the International Islamic Carnival to be held at the Hang Jebat Stadium grounds.

He said during the International Islamic Carnival, a 24-hour Quranic recitation event would begin tomorrow and continue until Dec 30.

"Melaka's Tahfiz schools will be directly involved in celebrating this International Islamic Carnival.

"Additionally, we will have a 'Melaka City Salawat' programme that will be held on a large scale, attended by international guests," he said.

He highlighted the New Year's Eve celebration and the launch of Visit Melaka Year 2024, which would take place at the Pengkalan Rama Jetty with fireworks and performances by local artists from Melaka, such as Zamani, Ziana, and Anuar Zain.

Responding to traffic congestion issues in Melaka City, Ab Rauf said they are currently conducting a detailed study to facilitate tourists and visitors coming to the state.

He said all new plans and proposals to be executed would not harm any party.

"The more people come to Melaka, the more tourism-based businesses will benefit.

"Undoubtedly, the government is concerned, and we can certainly give back these returns to the people of Melaka," he added.

-nst online.

Thursday, 28 December 2023

Putrajaya In-House Equestrian Competition 2023 @ Taman Ekuestrian Putrajaya ( 30 & 31 December 2023 )


PUTRAJAYA IN - HOUSE EQUESTRIAN COMPETITION 2023

Date: 30 & 31 December 2023

Venue: Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya

Come and join us

FREE ENTRANCE

-Taman Ekuestrian Putrajaya.

Wednesday, 27 December 2023

Penganjuran MOTAC @ BINTULU ( 29 ~ 31 DISEMBER 2023 )

 


22 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu akan menganjurkan program MOTAC @ Bintulu selama tiga (3) hari bermula 29 – 31 Disember 2023 bertempat di Lapang Lasar Kenyalang (Tapak Lapangan Terbang Lama), Bintulu, Sarawak.

Pemilihan Bintulu sebagai salah satu lokasi penyemarakan seni budaya di peringkat akar umbi ialah atas daya tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang berkunjung. Jumlah ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa ke Sarawak sehingga Oktober tahun ini ialah seramai 3.187 juta.

Keunikan Bintulu juga merupakan salah satu destinasi pelancongan Sarawak bagi mencapai sasaran ketibaan pelancong asing seramai 35.6 juta orang dan pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara tarikan-tarikan menarik yang boleh dikunjungi di dearah Bintulu ialah Pantai Tanjung Kidurong, Lambir Hills National Park, Monument Council of State, Esplanade Bintulu, Taman Negara Similajau, Taman Tumbina, Pantai Temasya Tanjung Batu dan aktiviti Paragliding.

Keaslian dan kebudayaan penduduk di rumah panjang di Sarawak juga merupakan salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Keaslian reka bentuk serta struktur rumah panjang tradisional yang masih relevan untuk dikekalkan sekaligus menjadi tarikan utama pelancong untuk datang serta tinggal di rumah panjang terutama dalam program inap desa.

Fokus utama program MOTAC @ Bintulu adalah memberi peluang dan ruang kepada masyarakat bagi penjanaan pendapatan melalui bidang perniagaan, penjualan produk kraftangan dan persembahan kesenian. Program ini juga memberi peluang kepada penduduk setempat, pelancong dalam dan luar negara mengenali dan menikmati keindahan serta keunikan Malaysia melalui aktiviti seni, budaya dan warisan, khususnya melibatkan komuniti Bintulu.

Di samping itu, MOTAC @ Bintulu juga menyediakan Festival ‘Kraf Borneo Kita’ yang akan berlangsung sehingga 7 Januari nanti melibatkan seramai 75 usahawan kraf tempatan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.

‘Kraf Borneo Kita’ yang berkonsepkan “Ini Budaya Malaysia” akan memaparkan keindahan kesenian dan kebudayaan Malaysia melalui aktiviti seperti pembuatan produk kraf, kesenian dan warisan Malaysia yang dapat dikongsi secara silang budaya di antara negeri-negeri.

Selain itu, pelbagai jualan produk makanan dan minuman melibatkan 100 buah gerai serta persembahan pentas dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian, nyanyian, persembahan buskers dan band tempatan.

Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 31 Disember 2023 pada jam 8.00 malam. Menariknya program ini ialah acara pengiraan detik Tahun Baru 2024 yang akan diserikan dengan persembahan bunga api dan persembahan rakyat.

Orang ramai dijemput hadir ke program ini bertempat di Lapang Lasar Kenyalang (Tapak Lapangan Terbang Lama), Bintulu, Sarawak pada 29 hingga 31 Disember 2023, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam.

-MOTAC.

Monday, 25 December 2023

Malaysia di tangga keenam bandar raya paling ramai dikunjungi pelancong

 


SHAH ALAM - Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai banda raya paling dikunjungi pelancong sepanjang 2023.


Perkara tersebut dinyatakan berdasarkan kepada Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian Mastercard berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas sempadan.

Seramai 13.79 juta pengunjung dari seluruh dunia telah melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

Lima negara berada di kedudukan teratas ialah Bangkok dengan 22.78 juta pelawat, Paris (19.10 juta), London (19.09 juta), Dubai (15.93) dan Singapura (14.67 juta).

Selain itu New York di kedudukan ketujuh diikuti diikuti oleh Istanbul, Tokyo dan Antalya.

Manakala Makkah tersenarai di tangga ke-13 dengan jumlah pengunjung sebanyak 10 juta, diikuti Phuket dan Pattaya, masing-masing menerima pelancong sebanyak 9.89 juta dan 9.44 juta.

-Sinar Harian.

Sunday, 24 December 2023

Jom Meriahkan Program MOTAC @ BINTULU! ( 29 Disember 2023 ~ 7 Januari 2024 )

 


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu akan menganjurkan Program MOTAC @ Bintulu yang akan berlangsung pada 29 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024 di Lasar Kenyalang, Bintulu, Sarawak!

Pelbagai pengisian menarik seperti Jualan Kraf Borneo Kita, jualan makanan dan minuman yang melibatkan 100 buah gerai, persembahan pentas dari artis-artis terkenal seperti Bunkface, Melissa Francis,Rosario dan lain – lain lagi !

Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 31 Disember 2023. Menariknya program ini ialah acara pengiraan detik Tahun Baru 2024 yang akan diserikan dengan persembahan bunga api dan persembahan rakyat.

Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan anda datang memeriahkan Program MOTAC @ Bintulu! Jumpa anda di sana!

-MOTAC.

Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa Rancak Pelancongan Mesra Muslim

 


Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 merupakan titik permulaan dan salah satu usaha berkonsepkan pelancongan dan hospitaliti mesra rakyat.

Festival yang berlangsung dari 16 hingga 19 Disember ini turut melibatkan 15 buah Negara, termasuk negara jiran Indonesia, Pakistan dan Indonesia. YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 Disember (Sabtu) lepas telah merasmikan Festival ini di Kuala Lumpur.

Beliau dalam ucapannya berkata, “Festival ini merupakan satu program yang memberikan kesedaran terhadap pelancong-pelancong di luar sana berkenaan keindahan seni dan budaya masyarakat kita. Ianya dipelopori oleh ITC (Islamic Tourism Centre) dan kita dapat lihat banyak perkembangan yang amat positif dalam kalangan penggiat industri, bukan setakat negara kita, tapi di luar sana juga”.

Bagi merancakkan lagi konsep pelancongan dan hospitaliti mesra rakyat, ITC telah melancarkan Pakej Platinum: Pakej Mesra Muslim yang mampu menarik kedatangan pelancong Muslim, bukan sahaja dari benua Asia Barat dan China malah mampu menarik kedatangan pelancong seluruh pelusuk dunia.

Pelancongan mesra Muslim kini merupakan salah satu industri pelancongan yang mendapat perkembangan positif dalam kalangan pelancong Muslim.

Malaysia yang merupakan hub pelancongan Mesra Muslim telah dinobat sebagai Destinasi Mesra Muslim Terbaik Dunia dan Destinasi Mesra Wanita Muslim Terbaik.

-MOTAC.

Friday, 22 December 2023

Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 & Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Perak @ Silverlake Village Outlet ( 30 Disember 2023 ~ 1 Januari 2024 )

 

Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 & Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Perak

Tarikh: 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (3 Hari)

Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat: Silverlakes Outlet Village, Batu Gajah, Perak

Pelbagai pengisian aktiviti (pocket show) akan memeriahkan sepanjang acara berlangsung:

> Pameran pelbagai jenis motosikal dan merchandise

> Perak Berselawat oleh YBhg Dato' Kazim Elias

> Pertandingan Tourism Idol

> Pertandingan Buskers of Muzikustika

> Meet & Greet Maskot Pelancongan Kopiro dan Kopita

> Persembahan kebudayaan dan Konsert artis Kumpulan Headwind, Naqiu dan Epol Roza (Drama Band)

> Pelancaran Jersi Perak FC Sesi 2024

> Jualan pakej pelancongan Perak Travel Fair

> Pertunjukan Bunga Api

> Wayang Pacak filem-filem Mamat Khalid

> Gerai Jualan lebih dari 50 jenis makanan

Ate! Jangan lupe kome! Datang le ramei-ramei. Kabor ke kawan-kawan semua

-Tourism Perak.

Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO MALAYSIA (SKUM) Tahun 2024

 

-MOTAC.

Naik Eco-Cruise Sungai Linggi percuma sehingga 5 Januari 2024

 


ALOR GAJAH: Eco-Cruise Sungai Linggi di sini diharap menarik lebih ramai pengunjung serta menjadikannya salah satu lokasi pelancongan paling menonjol di utara Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.


Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, orang ramai berpeluang menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi secara percuma sebelum pembukaan rasmi pada 5 Januari depan.


Menurutnya, selain aktiviti menyusuri sungai melihat flora dan fauna serta kelip-kelip pada sebelah malam, Taman Lokan juga merupakan salah satu tarikan utama.


“Tawaran percuma hanya pada hujung minggu bertujuan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menyusuri sungai berkenaan.


“Eco-Cruise menyusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik, selain menikmati makan tengah hari di Restoran Terapung.


“Lebih menarik kita dapat melihat dari dekat habitat 1,400 ekor buaya di sepanjang Sungai Linggi hingga ke muaranya dan lebih unik, kita dapat lihat reptilia ini berehat sewaktu air surut. Jadi kawasan ini akan jadi daya penarik lebih ramai lagi dan kita mewujudkan satu kawasan glamping yang baharu, khusus bagi kawasan caravan pertama dilancarkan di Melaka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ab. Rauf turut merasmikan Restoran Terapung Sungai Linggi berdekatan Taman Lokan.

-utusan online.

Domestic tourism saw a 24pc jump in visitors in 3Q2023

 


KUALA LUMPUR: Domestic tourism saw a 24.3 per cent jump in visitors to 53.4 million in the third quarter of 2023 (3Q2023), compared with the same quarter of the previous year.


Visitors also spent 33.8 per cent more, or RM20.1 billion, in 3Q2023 compared with a year ago.


According to the Department of Statistics Malaysia (DOSM) today, domestic visitors decreased marginally 2.0 per cent compared with the 2Q2023. Spending however was 8.3 per cent lower quarter-on-quarter.


Chief statistician Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin said overall, Malaysia's domestic tourism performance until September 2023 recorded 156.6 million domestic visitors, an increase of 25.4 per cent compared to a year ago. "On domestic tourism expenditure, for the first nine months, it registered RM61.2 billion, up 33.8 per cent compared to last year," he said.


Commenting on the performance of index of tourism related industries in the Q3 2023, Uzir said the index of theme park revenue surged 64.1 per cent, followed by domestic airport arrivals (18.2 per cent) highway traffic (10.7 per cent), retail sales of automotive fuel (6.6 per cent), and zoo revenue (0.6 per cent), YoY.


Meanwhile, the index of accommodation revenue also increased by 20.3 per cent. Occupancy rate for five-star hotels went up 6.9 per cent, followed by four-star hotels (5.4 per cent), three-star hotels (32.9 per cent), and two-star hotels/ chalets/ motels increased by 9.3 per cent.


Occupancy rate by location at beach and town rose 5.1 per cent and 9.9 per cent, respectively as compared to the same quarter of the previous year.

-nst online.

Wednesday, 20 December 2023

Terengganu sasar kehadiran 4.5 juta pelancong tahun hadapan

 

RAZALI Idris (tengah) bergambar bersama para peserta International Monsoon Casting Tournament 2023 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

HULU TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyasarkan kehadiran seramai 4.5 juta pelancong tempatan dan luar negara ke negeri ini pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, jumlah sasaran tersebut lebih tinggi berbanding
catatan kedatangan lebih 3.5 juta pelancong tahun ini.


Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai memandangkan pertumbuhan ekonomi negara didapati sedikit pulih berbanding pada tahun ini, di samping kerajaan negeri telah memulakan promosi bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara termasuk Timur Tengah.


Katanya, promosi pelancongan di luar negara sebelum ini lebih tertumpu di Eropah dan China.


“Kita hendak ramaikan pelancong Muslim datang ke negeri Terengganu kerana kita hendak tunjukkan bahawa kita mesra Muslim dan mesra syariah.


“Statistik yang baru juga menunjukkan pelancong dari negara China yang beragama Islam ramai datang ke negeri ini pada tahun ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah International Monsoon Casting Tournament (IMCT) 2023 di Kenyir Geopark, dekat sini, hari ini.


Seramai 250 peserta menyertai IMCT edisi ke-14 termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, China dan Thailand.


Razali memberitahu, kerajaan negeri juga merancang memperbanyakan aktiviti pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung pada sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), tahun hadapan.


Jelasnya, program pelancongan itu diperkenalkan untuk menukar persepsi tidak boleh dikunjungi pada musim tengkujuh antara November hingga Disember.


Katanya, penganjuran IMCT yang diadakan secara tahunan ini juga merupakan salah satu aktiviti musim tengkujuh di Tasik Kenyir.


“Program Pesta Maing Ujang di Setiu Wetland yang baru diperkenalkan tahun ini juga menunjukkan kejayaan,” katanya.

-utusan online.

Tuesday, 19 December 2023

Haslina dilantik CEO baharu LADA

 


LANGKAWI: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).


Jawatan tersebut sebelum ini tidak diisi selama 10 bulan selepas pemangku terdahulu, Nasaruddin Abdul Muttalib dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam, awal Februari lalu.


LADA menerusi kenyataan pada Facebook rasminya turut mengalu-alukan pelantikan Haslina yang berkuat kuasa sejak Jumaat lalu.


Beliau sebelum ini turut berpengalaman sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


“Seluruh pengurusan dan warga kerja LADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang ke LADA kepada Datuk Haslina Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu,” kata kenyataan itu.


Haslina berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun dengan jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mac 1996.


Beliau berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Keio, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentabiran (Kepujian) dari Universiti Malaya.

LADA diperbadankan di bawah Akta Parlimen (Akta 423) dan ditubuhkan pada 15 Mac 1990.

-utusan online.

Monday, 18 December 2023

International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 promosi budaya Islam kepada pelancong

 

SYED IBRAHIM Syed Ahmad (belakang, empat dari kanan) menyaksikan perjanjian persefahaman pelancongan Malaysia-Indonesi diwakili Prof. Madya Ts Dr. Zaidi Abdul Razak (kanan) dan Tazbir Abdullah di Masjid Kg Ketam, Kerdau hari ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH: Program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 selama empat hari yang bermula di Selangor dan Temerloh, Pahang satu pakej mempromosi budaya Islam dan kesenian masyarakat di negara ini.

Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan berkata, lebih 500 pengusaha inap desa termasuk peserta luar negara mengambil bahagian menyertai program yang julung kali diadakan di negara ini.

Menurutnya, selain Malaysia, 15 negara turut terlibat termasuklah Indonesia, China, Brunei, Singapura Pakistan, India dan lain-lain membuktikan pelancongan Islam berpotensi menjana pendapatan dan menjadi daya tarikan pelancong luar negara.

“Program ini menjadi titik permulaan kepada usaha pelaksanaan Tahun Melawat Homestay Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, pihak Tourism negeri mempromosi kehidupan budaya masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

“Aktiviti yang dijalankan ini secara langsung memberikan maklumat kepada pelancong akan keindahan seni dan budaya Masyarakat Melayu Islam.

“Inisiatif yang  dipelopori oleh Islamic Tourism Centre (ITC memberi banyak perkembangan yang amat positif dalam kalangan pemain industry dalam dan luar negara,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media di majlis perasmian penutup Program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 yang disempurnakan Exco Kerajaan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Masjid Sultan Ahmad Shah Kampung Ketam di sini hari ini.


Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 berlangsung selama empat hari bermula 16 sehingga 19 Disember 2023 di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur, dan berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Ketam dan Inap Desa, Desa Murni.


“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya selawat, marhaban, program Haflah al-Quran, ceramah perdana, memanah, pameran kraf, tulisan khat dan penyediaan masakan tradisional,” katanya.


Sahariman menambah, sebanyak 212 pengusaha homestay seluruh negara dengan 4,500 peserta telah digerakkan bagi menampung kebanjiran luar negara yang berminat bermalam di homestay.


Menurutnya, sebanyak 10,000 bilik homestay di seluruh negara mampu menampung kehadiran pelancong luar negara yang berminat merasai pengalaman berada di komuniti Melayu yang menjalani rutin harian.


Tambah beliau, pakej Ramadan dan Hari Raya 2025 (1446 Hijrah) sempena Tahun Melawat Homestay Malaysia pada 10 hari terakhir Ramadan dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong berkaitan bazar Ramadan, solat tarawih, pakaian dan makanan.


“Pakej 6 hari 5 malam bulan Ramadan dan Hari Raya terbuka kepada semua pengusaha homestay tetapi pihak persatuan akan memastikan setiap negeri akan melaksanakannya program ini,” katanya.

-utusan online.

Saturday, 16 December 2023

Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

 


PUTRAJAYA, 15 Disember 2023 - Tourism Malaysia telah melancarkan pakej minat khas ‘Houseboat 2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran.


Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam (6) agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 1 Disember 2023 sehingga 30 Jun 2024 melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum, Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu.


Pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian melalui aktivitiaktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah, menjejak Rafflesia, merentas hutan, memasak kuih tradisional, bermain paintball dan banyak lagi. Pakej-pakej ini boleh mula ditempah mulai sekarang dengan tempoh sah perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2024.


Promosi pakej minat khas houseboat ini mengambil kira kesediaan produk yang terdapat di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu. Untuk rekod, jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 615 katil sehari manakala di Tasik Kenyir mempunyai 86 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 1,290 katil sehari.


Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, segmen houseboat dilihat sebagai satu alternatif percutian berkumpulan kepada orang ramai. Promosi pakej sebegini memberi peluang untuk orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti sekeluarga ataupun bersama kawan-kawan sempena cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Ia juga dapat membantu menjana aktiviti ekonomi masyarakat setempat secara tidak langsung.


Enam (6) agensi pelancongan yang turut menjayakan kempen pelancongan minat khas houseboat ini adalah Al Fateh Travel Sdn Bhd, Ad-Deeni Travel & Tours Sdn Bhd, Mona Holidays Sdn Bhd, Al-Maziah Travel Sdn Bhd, MLS Holidays Sdn Bhd dan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn Bhd.


Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

-Tourism Malaysia.

Friday, 15 December 2023

Tourism Malaysia Lancar Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan Pulau Pinang Dan Kedah

 


KEPALA BATAS, 14 Disember 2023 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah untuk mempromosikan produk pelancongan arkeologi, geologi dan tapak warisan dunia UNESCO.

Sebanyak 52 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 14 operator pelancongan di Wilayah Utara dan Wilayah Tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu, tapak warisan dunia UNESCO George Town, Jerai Geopark serta Sungai Merbok.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Jerai Geopark Heritage Trail , The Lost A n cient City - Kedah Tua , Arch aeology Eco Cycling Experience, Penang Heritage Tour , Merbok River Historical & Mangrove River Cruise , Mount Jerai Guided Tour dan Iron of Ancient Kedah to the World - The Untold Story 788 BC.

Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej tersebut diharap mampu mempromosikan keunikan warisan arkeologi, geopark dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terdapat di Pulau Pinang dan Kedah kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Di samping itu, pembangunan pakej ini juga dapat memangkin ke arah usaha pemeliharaan warisan, sejarah dan budaya tempatan selain mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan penglibatan masyarakat setempat, seterusnya menjana pendapatan kepada mereka. Pembangunan pakej pelancongan ini juga adalah sebahagian usaha Tourism Malaysia untuk mempelbagaikan pilihan destinasi pelancongan sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026” katanya.

Pembangunan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan Pulau Pinang dan Kedah adalah susulan daripada bengkel dan lawatan produk selama 5 hari 4 malam yang diadakan pada 5 hingga 9 Ogos 2023 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Northern Corridor Economic Region (NCER), pakar arkeologi dan geologi, para pemilik produk pelancongan serta penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang dan Kedah.

Bengkel berkenaan telah memberikan banyak pendedahan mengenai potensi pelancongan di tapak-tapak arkeologi, geopark dan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town serta produk pelancongan menarik di sekitarnya seperti Tapak Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, tapak arkeologi Sungai Batu, Gunung Jerai dan Kompleks Pelancongan Sungai Merbok.

Kesemua pakej pelancongan ini telah dimuatkan dalam sebuah risalah Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan Pulau Pinang dan Kedah yang kini boleh didapati di laman sesawang Tourism Malaysia iaitu www.malaysia.travel.

-Tourism Malaysia.

Pahang government waits for outcome of meet with Japanese anime publisher in Tokyo

 


KUANTAN: Tourism Malaysia held talks with the publisher of popular Japanese animation television series – Jujutsu Kaisen – in Japan on Dec 11, hoping to secure their consent to help promote tourism in the state capital here.

State Unity, Tourism and Culture Committee chairman Leong Yu Man said the publisher had requested a week to get in touch with the creator who goes by the pen name Gege Akutami before coming up with a decision on the matter.

"Tourism Malaysia's deputy director Ahmad Junaidy Yahaya who is based in Tokyo was accompanied by Pemaja (Alumni of Friendship Programme for the 21st century Asean-Japan) president Datuk Sahariman Hamdan during the meeting with the anime publisher on Monday.

"Following the meeting in Tokyo, the publisher requested one week to discuss and seek consent from the anime creator. We were informed that the creator seldom appeared in the public," she told reporters after distributing the Bantuan Prihatin Pahang (BPP) for mountain guides, tour guides and boat operators at the Pahang Tourism office here today.

On Dec 6, Leong told the Pahang state assembly that the state government was hoping to capitalise on Kuantan's newfound fame after it was mentioned by anime and manga character Kento Nanami in episode 42 of the Jujutsu Kaisen series.

Prior to his death in the series, the main character Nanami had expressed his desire to visit and settle down in Malaysia, specifically in Kuantan.

Anime fans here shared images of the beach believed to be located at Pantai Kempadang here on social media with some going on to create a Kento Nanami Memorial Shrine landmark on Google Maps.

Meanwhile, Leong said if everything goes as planned, the state government planned to build a memorial for Nanami here and invite the creator to visit the state.

"We are hoping for a favourable reply from the creator which is expected next week. We want to invite the creator to visit Pahang, organise programmes with anime industry followers and sell merchandise related to the Jujutsu Kaisen series," she said.

Leong said Sahariman, who is the Malaysian Homestay Association president since 1995 and had been actively involved in tourism seminars in Japan, was coincidentally in Tokyo this week so he was engaged by Tourism Pahang to join the discussion with the publisher.

-nst online.