Wednesday, 16 November 2022

Maljis Penghargaan Stakeholder KLIA & KLIA2 dan petugas Langkawi International Travel Bubble (LITB)

 


Tourism Malaysia melalui Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Afrika selaku Ketua 'Helpdesk Task Force Travel Bubble Langkawi' telah menganjurkan majlis Penghargaan dan Networking lunch bersama Stakeholder KLIA dan KLIA2 serta petugas LITB di Sama-Sama Hotel KLIA pada 15 Nov 2022.

Program ini diadakan untuk menghargai Stakeholder KLIA dan KLIA2 serta 35 petugas LITB yang terdiri dari Pegawai Pelancongan dan Pegawai Penyelidik Tourism Malaysia yang telah membantu melancarkan program ini bermula 15 November 2021 hingga 31 Mac 2022.   

Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah telah menyampaikan plak penghargaan dan sijil kepada 10 Stakeholder KLIA da KLIA2 yang terdiri daripada:-

> Jabatan Imigresen KLIA 

> Jabatan Imigresen KLIA2

> Airport Relations Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd

> Airlines Operator Committee

> Airport Aviation Services (AVSEC)

> Terminal Operations KLIA, Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd

> Terminal Operations KLIA2, Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd

> BP Healthcare Centre

> Malaysia Airlines

> AERO Darat

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.