Tuesday, 15 November 2022

Tourism Malaysia Interactive Digial Brochures Apps

 


Pada tahun lepas, Tourism Malaysia telah melancarkan Interactive Digital Brochures (IDB) iaitu sebuah laman mikro yang memberi nafas baharu kepada usaha penjenamaan semula risalah-risalah Tourism Malaysia menerusi pelayaran secara interaktif di laman ebrochures.malaysia.travel. 

Aplikasi Travel Malaysia untuk pengguna peranti Android dan Travel Malaysia by TM untuk pengguna peranti iOS turut diperkenalkan untuk memudahkan capaian maklumat produk pelancongan di Malaysia melalui gajet elektronik. 

Langkah ini adalah selaras dengan tuntutan pasaran terhadap paparan risalah pelancongan yang bersifat digital, interaktif, mesra pengguna dan lebih responsif sekaligus memudahkan orang ramai mengakses dan berkongsi risalah tersebut melalui pelbagai aplikasi seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan juga e-mel. 

Dapatkan aplikasi ini di Google Play (Travel Malaysia) dan App Store (Travel Malaysia by TM). 

Imbas Kod QR untuk muat turun sekarang juga.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.