Friday, 16 April 2021

Pelantikan YB Datuk Guandee Kohoi Sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya

 


16 April 2021 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Guandee Kohoi atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu berkuatkuasa mulai hari ini.

YB Datuk Guandee Kohoi yang berasal dari Sabah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Ini menjadikan beliau tidak asing dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

Pihak MOTAC yakin pemilihan dan pelantikan YB Datuk Guandee Kohoi akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri.

Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Datuk Guandee Kohoi Hoi atas pelantikan ini.

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.