Thursday, 11 May 2017

Perak sasar tarik 150,000 pelancong Indonesia

ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas Misi Penggalakan Pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2017 di Jakarta hari ini. - UTUSAN ONLINE


JAKARTA 11 Mei - Perak menyasarkan dapat menarik kehadiran kira-kira 150,000 pelancong dari Indonesia berkunjung ke negeri itu hasil daripada penganjuran Misi Penggalakan Pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2017 di Medan dan Jakarta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sasaran itu realistik berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada pemain industri pelancongan di negara itu dalam program selama tiga hari berakhir semalam.

Katanya, dalam program tersebut, Perak melalui Tourism Perak menumpukan kepada beberapa bidang utama pelancongan termasuk makanan dan taman tema serta penganjuran sukan dan seminar bertaraf antarabangsa.

“Kita telah maklumkan kepada mereka bahawa salah satu kelebihan Perak adalah dari segi alamnya dengan produk eko pelancongan yang menarik selain merupakan destinasi yang murah dari segi kos.

“Oleh itu, untuk permulaan kita sasarkan untuk rantau ini antara 100,000 ke 150,000 pelancong dari Indonesia mengunjungi Perak khususnya ke Taman tema animasi pertama Asia, Movie Animation Theme Park (MAPS),” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup program itu di sini hari ini.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.