Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing. - UTUSAN ONLINE/ BLOG JALAN RAYA MALAYSIA |
KUALA TERENGGANU 31 Mei -
Jabatan Pelancongan negeri akan mengagihkan snek dan minuman panas secara
percuma kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur II (LPT2) yang singgah di
Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing sepanjang musim perayaan kini.
Pengarahnya, Tun Ahmad
Faisal Tun Abdul Razak berkata, agihan selama sebulan bagi memeriah dan
menghidupkan suasana akan bermula esok dari pukul 7 petang sehingga habis
bekalan yang disediakan setiap hari.
Katanya, ini sebahagian
daripada pendekatan ke arah meningkatkan bilangan pengguna LPT2 yang singgah
untuk berehat, bersolat atau menjamu selera dengan memanfaatkan R&R
Perasing di Kemaman itu.
Bercakap kepada pemberita
di sini hari ini, katanya, usaha yang dijalankan dengan kerjasama Pejabat
Daerah Kemaman itu mendapat sokongan 14 syarikat swasta di negeri ini.
“Ini termasuklah Casa
Hartamas, Hexatrend, Perunding Irzi, Giga Builders, DM Machinery, BBR
Construction System (M) Sdn. Bhd. dan Chan Kong Meng Sdn. Bhd,” ujarnya.
R&R Perasing salah
satu daripada tiga R&R LPT2 di negeri ini namun ia seakan cuba dijauhi dan
agak lengang, ekoran kesan pelbagai cerita seram yang dianggap mengarut melalui
media sosial di samping tiada kegiatan niaga yang dianggap menarik.
Menurut Tun Faisal, ini
merupakan sebahagian daripada tarikan program promosi Jom Ke R&R Perasing
dan Jom Rehat Dulu Sebelum Memulakan Pemanduan.
“Kami juga akan membuka
membuka Pusat Maklumat Pelancongan di samping bekerjasama dengan Yayasan
Pembangunan Usahawan untuk membuka kiosk nasi dagang dan keropok sejuk beku
serta beberapa produk Terengganu lain,” katanya.
“Usaha mempromosi R&R
Perasing akan berterusan selama tiga bulan dan kemungkinan akan dilanjutkan
sehingga hentian ini menjadi pilihan orang ramai,” katanya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.