Ahmad Shabery Cheek (lima dari kanan) bersama artis selepas sidang akhbar sidang akhbar ROTF 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor, semalam. UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN |
SERDANG 18 Nov. - Ekspo agromakanan terbesar negara iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) menampilkan satu kelainan tahun ini apabila menggunakan elemen hiburan yang bakal menarik lebih tiga juta pengunjung.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, satu festival muzik yang dinamakan Rhythm of The Farmers (ROTF) bakal diadakan sepanjang program yang akan berlangsung pada 1 hingga 11 Disember ini.
Menurut beliau, menerusi MAHA 2016, pihaknya mahu memperkenalkan konsep agrotainmen bagi menarik masyarakat terutamanya golongan belia untuk datang ke pameran tersebut.
“Beberapa elemen agrotainmen turut disemarakkan menerusi beberapa tarikan lain seperti Kampung Durian Runtuh Upin Ipin, Kampung Mok Cun serta tapak perkhemahan Agro Youth Camp.
“Kali ini juga satu kawasan berbukit di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang diberi nama D’Lereng telah dipilih sebagai lokasi utama acara ROTF di mana sebuah pentas dibina dan cerun tersebut berperanan sebagai ampiteater semula jadi untuk pengunjung,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ROTF 2016, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MAEPS, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.
Pameran anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu akan berlangsung di D’Lereng MAEPS dan 1,500 gerai tersedia untuk dilawati.
Antara artis yang akan menghiburkan pengunjung termasuklah Khalifah, Projector Band, Man Bai, Akim & The Majistret, Yazid Search dan Ramli Sarip.
http://www.maha.gov.my/
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.