PUTRAJAYA 28 Ogos - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu Perbadanan Putrajaya (PPj) mempergiatkan aktiviti malam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan lebih banyak pelancong bermalam di sini.
Tengku Adnan berkata, Putrajaya pada kini cukup popular dengan 7.36 juta pelawat berkunjung ke bandar tersebut pada tahun lalu berbanding 6.59 juta pada 2013.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya bagaimanapun berharap jumlah pelancong ke sini dapat terus ditingkatkan untuk mencapai 10 juta orang pada 2020.
Tengku Adnan berkata, kadar penghunian hotel di Putrajaya pada masa ini memberangsangkan dengan mencapai purata 70 peratus penginapan tetapi angka tersebut perlu ditingkatkan lagi.
“Cabaran buat PPj adalah meningkatkan lagi jumlah pelancong yang bermalam di sini dengan mengadakan lebih banyak aktiviti malam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Putrajaya di Taman Putra Perdana di Presint 1 di sini malam tadi.
Sementara itu, Presiden PPj, Datuk Hasim Ismail berkata, pihaknya terus komited untuk membangunkan Putrajaya sebagai bandar yang progresif dan bertenaga.
-Utusan Online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.