Thursday, 1 August 2024

Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan Pendidikan (Edutourism)

 


Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan Pendidikan (Edutourism) melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan Pelancongan - MOTAC, Education Malaysia Global Services (EMGS), Universiti Awam & Swasta dan Agensi Pelancongan bertempat di Hotel Tenera Bangi, Selangor pada 10-11 Julai 2024.

Antara intipati program adalah sesi taklimat dari Jabatan Imigresen Malaysia, Bhg. Pelesanan & Penguatkuasaan Pelancongan MOTAC, Education Malaysia Global Services (EMGS) berkaitan peranan jabatan ini dalam program edutourism.

Satu sesi B2B juga diadakan antara pihak universiti dan agensi pelancongan bagi membangunkan pakej baru dan menambahbaik pakej yang sedia ada.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.