-Tourism of Perlis.
Malaysia Truly Asia X Cuti-Cuti Malaysia. Inilah Masanya, Cuti-cuti Malaysia. IMT-GT Visit Year 2023-2025. Visit Perak Year 2024. Visit Melaka Year 2024. Visit Perlis Year 2024-2025. Visit Kelantan Year 2024. Visit Homestay Malaysia 2025. Visit Kedah Year 2025. Visit Selangor Year 2025. Visit Malaysia Year 2026. Visit Johor Year 2026. Visit Negeri Sembilan Year 2026. Compiled and managed by Farsa.
PETALING JAYA: Perkhidmatan
rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.30
pagi bersempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024 bagi memenuhi keperluan warga
kota yang menghadiri sambutan itu sekitar pusat bandar.
Rapid KL memaklumkan, lanjutan
operasi berkenaan melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit
aliran masa (MRT) dan Monorel KL, tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21
laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.
Katanya, stesen-stesen LRT, MRT,
Monorel dan BRT yang dilanjutkan waktu operasi sehingga 1.30 pagi membabitkan
Laluan Kelana Jaya: KLCC, Masjid Jamek dan Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid
Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya, Maluri.
Selain itu laluan Monorel: Bukit
Bintang, Laluan Kajang: Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri dan MRT Laluan
Putrajaya: TRX dan BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash.
“Stesen-stesen lain akan menamatkan
operasi seperti biasa. Bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen
berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Semua stesen pertukaran rel turun
dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke
destinasi akhir,” kata Rapid KL dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beberapa laluan bas
Rapid KL yang terpilih juga akan melanjutkan waktu perkhidmatan hingga 1.30
pagi dan antaranya seperti laluan 173 Taman Jasa Utama-Lebuh Ampang, laluan 250
Stesen LRT Wangsa Maju-Lebuh Ampang dan laluan 250 Stesen LRT Wangsa Maju-Lebuh
Ampang.
Dalam pada itu, Rapid KL
menyarankan pengguna menggunakan kad Touch n Go bagi menikmati perjalanan yang
lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen atau
ketika menaiki bas.
“Bagi pengguna token, anda
digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen,”
katanya.
Selain itu, Rapid KL akan menambah
bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi menyokong keperluan operasi dan
membantu melancarkan perjalanan penumpang dan demi keselesaan pengguna,
kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah
bermula pukul 1.00 petang pada hari tersebut sehingga tamat waktu operasi.
“Rapid KL menyarankan warga ibu
kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi
mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya
berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara sempena tahun baru,”
katanya.
Sebarang makluman lanjut orang
ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKl atau melayari web: www.myrapid.com.my.
Melaka Chief Minister, Datuk Seri Ab
Rauf Yusoh said around 55,000 vehicles enter Melaka every day. NSTP/ASYRAF
HAMZAH
KUALA LUMPUR: Visit Melaka Year 2024 is expected to achieve the state government's target of welcoming eight million tourists next year.
Melaka Chief Minister, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said around 55,000 vehicles enter Melaka every day.
He said this figure is based on statistics or studies conducted every week, especially during school holiday seasons.
"If we were to estimate, we are targeting more than eight million people to visit throughout 2024.
"If it exceeds that, it indicates that Melaka is the
preferred destination for tourists and visitors," he told the media after
appearing on TV3's Malaysia Hari Ini (MHI) programme, this morning.
Ab Rauf said seven lucky draw prizes, each worth more than
RM100,000, await visitors in Melaka next year.
He said these lucky draws would be conducted every three
months during the year, where participation is subject to certain conditions.
"We have 80 hotels and village stays that have signed
agreements to promote Visit Melaka Year 2024.
"Come to Melaka, choose a partner hotel to ensure
visitors receive vouchers, and participate in a lucky draw for a car every
three months... Spend RM500 to potentially get a car," he said, adding
that the Visit Melaka Year 2024 celebration will commence tomorrow with the
organisation of the International Islamic Carnival to be held at the Hang Jebat
Stadium grounds.
He said during the International Islamic Carnival, a 24-hour
Quranic recitation event would begin tomorrow and continue until Dec 30.
"Melaka's Tahfiz schools will be directly involved in
celebrating this International Islamic Carnival.
"Additionally, we will have a 'Melaka City Salawat'
programme that will be held on a large scale, attended by international
guests," he said.
He highlighted the New Year's Eve celebration and the launch
of Visit Melaka Year 2024, which would take place at the Pengkalan Rama Jetty
with fireworks and performances by local artists from Melaka, such as Zamani,
Ziana, and Anuar Zain.
Responding to traffic congestion issues in Melaka City, Ab
Rauf said they are currently conducting a detailed study to facilitate tourists
and visitors coming to the state.
He said all new plans and proposals to be executed would not
harm any party.
"The more people come to Melaka, the more tourism-based
businesses will benefit.
"Undoubtedly, the government is concerned, and we can
certainly give back these returns to the people of Melaka," he added.
PUTRAJAYA IN - HOUSE EQUESTRIAN COMPETITION 2023
Date: 30 & 31 December 2023
Venue: Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya
Come and join us
FREE ENTRANCE
-Taman Ekuestrian Putrajaya.
22 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu akan menganjurkan program MOTAC @ Bintulu selama tiga (3) hari bermula 29 – 31 Disember 2023 bertempat di Lapang Lasar Kenyalang (Tapak Lapangan Terbang Lama), Bintulu, Sarawak.
Pemilihan Bintulu sebagai salah satu lokasi penyemarakan seni budaya di peringkat akar umbi ialah atas daya tarikan tersendiri untuk menarik pelancong datang berkunjung. Jumlah ketibaan pelawat domestik dan antarabangsa ke Sarawak sehingga Oktober tahun ini ialah seramai 3.187 juta.
Keunikan Bintulu juga merupakan salah satu destinasi pelancongan Sarawak bagi mencapai sasaran ketibaan pelancong asing seramai 35.6 juta orang dan pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Antara tarikan-tarikan menarik yang boleh dikunjungi di dearah Bintulu ialah Pantai Tanjung Kidurong, Lambir Hills National Park, Monument Council of State, Esplanade Bintulu, Taman Negara Similajau, Taman Tumbina, Pantai Temasya Tanjung Batu dan aktiviti Paragliding.
Keaslian dan kebudayaan penduduk di rumah panjang di Sarawak juga merupakan salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Keaslian reka bentuk serta struktur rumah panjang tradisional yang masih relevan untuk dikekalkan sekaligus menjadi tarikan utama pelancong untuk datang serta tinggal di rumah panjang terutama dalam program inap desa.
Fokus utama program MOTAC @ Bintulu adalah memberi peluang dan ruang kepada masyarakat bagi penjanaan pendapatan melalui bidang perniagaan, penjualan produk kraftangan dan persembahan kesenian. Program ini juga memberi peluang kepada penduduk setempat, pelancong dalam dan luar negara mengenali dan menikmati keindahan serta keunikan Malaysia melalui aktiviti seni, budaya dan warisan, khususnya melibatkan komuniti Bintulu.
Di samping itu, MOTAC @ Bintulu juga menyediakan Festival ‘Kraf Borneo Kita’ yang akan berlangsung sehingga 7 Januari nanti melibatkan seramai 75 usahawan kraf tempatan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.
‘Kraf Borneo Kita’ yang berkonsepkan “Ini Budaya Malaysia” akan memaparkan keindahan kesenian dan kebudayaan Malaysia melalui aktiviti seperti pembuatan produk kraf, kesenian dan warisan Malaysia yang dapat dikongsi secara silang budaya di antara negeri-negeri.
Selain itu, pelbagai jualan produk makanan dan minuman melibatkan 100 buah gerai serta persembahan pentas dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian, nyanyian, persembahan buskers dan band tempatan.
Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 31 Disember 2023 pada jam 8.00 malam. Menariknya program ini ialah acara pengiraan detik Tahun Baru 2024 yang akan diserikan dengan persembahan bunga api dan persembahan rakyat.
Orang ramai dijemput hadir ke program ini bertempat di Lapang Lasar Kenyalang (Tapak Lapangan Terbang Lama), Bintulu, Sarawak pada 29 hingga 31 Disember 2023, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam.
-MOTAC.
SHAH ALAM - Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai banda raya paling dikunjungi pelancong sepanjang 2023.
Perkara tersebut dinyatakan berdasarkan kepada Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian Mastercard berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas sempadan.
Seramai 13.79 juta pengunjung dari
seluruh dunia telah melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.
Lima negara berada di
kedudukan teratas ialah Bangkok dengan 22.78 juta pelawat, Paris (19.10 juta),
London (19.09 juta), Dubai (15.93) dan Singapura (14.67 juta).
Selain itu New York di
kedudukan ketujuh diikuti diikuti oleh Istanbul, Tokyo dan Antalya.
Manakala Makkah tersenarai di
tangga ke-13 dengan jumlah pengunjung sebanyak 10 juta, diikuti Phuket dan
Pattaya, masing-masing menerima pelancong sebanyak 9.89 juta dan 9.44 juta.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan
kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu akan
menganjurkan Program MOTAC @ Bintulu yang akan berlangsung pada 29 Disember
2023 hingga 7 Januari 2024 di Lasar Kenyalang, Bintulu, Sarawak!
Pelbagai pengisian menarik seperti Jualan Kraf Borneo
Kita, jualan makanan dan minuman yang melibatkan 100 buah gerai, persembahan
pentas dari artis-artis terkenal seperti Bunkface, Melissa Francis,Rosario dan
lain – lain lagi !
Acara kemuncak ialah Majlis Perasmian yang akan
disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya pada 31 Disember 2023. Menariknya program ini ialah acara pengiraan
detik Tahun Baru 2024 yang akan diserikan dengan persembahan bunga api dan
persembahan rakyat.
Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan anda datang
memeriahkan Program MOTAC @ Bintulu! Jumpa anda di sana!
Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023
merupakan titik permulaan dan salah satu usaha berkonsepkan pelancongan dan
hospitaliti mesra rakyat.
Festival yang berlangsung dari 16 hingga 19 Disember ini
turut melibatkan 15 buah Negara, termasuk negara jiran Indonesia, Pakistan dan
Indonesia. YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan,
Seni dan Budaya pada 16 Disember (Sabtu) lepas telah merasmikan Festival ini di
Kuala Lumpur.
Beliau dalam ucapannya berkata, “Festival ini merupakan
satu program yang memberikan kesedaran terhadap pelancong-pelancong di luar
sana berkenaan keindahan seni dan budaya masyarakat kita. Ianya dipelopori oleh
ITC (Islamic Tourism Centre) dan kita dapat lihat banyak perkembangan yang amat
positif dalam kalangan penggiat industri, bukan setakat negara kita, tapi di
luar sana juga”.
Bagi merancakkan lagi konsep pelancongan dan hospitaliti
mesra rakyat, ITC telah melancarkan Pakej Platinum: Pakej Mesra Muslim yang
mampu menarik kedatangan pelancong Muslim, bukan sahaja dari benua Asia Barat
dan China malah mampu menarik kedatangan pelancong seluruh pelusuk dunia.
Pelancongan mesra Muslim kini merupakan salah satu
industri pelancongan yang mendapat perkembangan positif dalam kalangan
pelancong Muslim.
Malaysia yang merupakan hub pelancongan Mesra Muslim
telah dinobat sebagai Destinasi Mesra Muslim Terbaik Dunia dan Destinasi Mesra
Wanita Muslim Terbaik.
Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 & Sambutan
Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Perak
Tarikh: 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (3
Hari)
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Silverlakes Outlet Village, Batu Gajah,
Perak
Pelbagai pengisian aktiviti (pocket show) akan memeriahkan sepanjang acara berlangsung:
> Pameran pelbagai jenis motosikal dan merchandise
> Perak Berselawat oleh YBhg Dato' Kazim Elias
> Pertandingan Tourism Idol
> Pertandingan Buskers of Muzikustika
> Meet & Greet Maskot Pelancongan Kopiro dan
Kopita
> Persembahan kebudayaan dan Konsert artis Kumpulan
Headwind, Naqiu dan Epol Roza (Drama Band)
> Pelancaran Jersi Perak FC Sesi 2024
> Jualan pakej pelancongan Perak Travel Fair
> Pertunjukan Bunga Api
> Wayang Pacak filem-filem Mamat Khalid
> Gerai Jualan lebih dari 50 jenis makanan
Ate! Jangan lupe kome! Datang le ramei-ramei. Kabor
ke kawan-kawan semua
-Tourism Perak.
ALOR GAJAH: Eco-Cruise Sungai Linggi di sini
diharap menarik lebih ramai pengunjung serta menjadikannya salah satu lokasi
pelancongan paling menonjol di utara Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM)
2024.
Ketua
Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, orang ramai berpeluang menaiki
Eco-Cruise Sungai Linggi secara percuma sebelum pembukaan rasmi pada 5 Januari
depan.
Menurutnya, selain aktiviti menyusuri sungai
melihat flora dan fauna serta kelip-kelip pada sebelah malam, Taman Lokan juga
merupakan salah satu tarikan utama.
“Tawaran
percuma hanya pada hujung minggu bertujuan bagi mereka yang ingin merasai
pengalaman menyusuri sungai berkenaan.
“Eco-Cruise
menyusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang
memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik, selain
menikmati makan tengah hari di Restoran Terapung.
“Lebih
menarik kita dapat melihat dari dekat habitat 1,400 ekor buaya di sepanjang
Sungai Linggi hingga ke muaranya dan lebih unik, kita dapat lihat reptilia ini
berehat sewaktu air surut. Jadi kawasan ini akan jadi daya penarik lebih ramai
lagi dan kita mewujudkan satu kawasan glamping yang baharu, khusus bagi kawasan
caravan pertama dilancarkan di Melaka,” katanya kepada pemberita selepas
melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di
sini, hari ini.
Ab.
Rauf turut merasmikan Restoran Terapung Sungai Linggi berdekatan Taman Lokan.
KUALA LUMPUR: Domestic tourism saw a 24.3 per cent jump in visitors to 53.4 million in the third quarter of 2023 (3Q2023), compared with the same quarter of the previous year.
Visitors also spent 33.8 per cent more, or RM20.1 billion, in 3Q2023 compared with a year ago.
According to the Department of Statistics Malaysia (DOSM) today, domestic visitors decreased marginally 2.0 per cent compared with the 2Q2023. Spending however was 8.3 per cent lower quarter-on-quarter.
Chief statistician Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin said overall, Malaysia's domestic tourism performance until September 2023 recorded 156.6 million domestic visitors, an increase of 25.4 per cent compared to a year ago. "On domestic tourism expenditure, for the first nine months, it registered RM61.2 billion, up 33.8 per cent compared to last year," he said.
Commenting on the performance of index of tourism related industries in the Q3 2023, Uzir said the index of theme park revenue surged 64.1 per cent, followed by domestic airport arrivals (18.2 per cent) highway traffic (10.7 per cent), retail sales of automotive fuel (6.6 per cent), and zoo revenue (0.6 per cent), YoY.
Meanwhile, the index of accommodation revenue also increased by 20.3 per cent. Occupancy rate for five-star hotels went up 6.9 per cent, followed by four-star hotels (5.4 per cent), three-star hotels (32.9 per cent), and two-star hotels/ chalets/ motels increased by 9.3 per cent.
Occupancy rate by location at beach and town rose 5.1 per cent and 9.9 per cent, respectively as compared to the same quarter of the previous year.
-nst online.
RAZALI
Idris (tengah) bergambar bersama para peserta International Monsoon Casting
Tournament 2023 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA
HAIRRY ROSLI
HULU TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyasarkan kehadiran seramai 4.5 juta pelancong tempatan dan luar negara ke negeri ini pada tahun hadapan.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk
Razali Idris berkata, jumlah sasaran tersebut lebih tinggi berbanding
catatan kedatangan lebih 3.5 juta pelancong tahun ini.
Menurutnya, sasaran
itu mampu dicapai memandangkan pertumbuhan ekonomi negara didapati sedikit
pulih berbanding pada tahun ini, di samping kerajaan negeri telah memulakan
promosi bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara termasuk Timur
Tengah.
Katanya, promosi pelancongan di luar negara
sebelum ini lebih tertumpu di Eropah dan China.
“Kita
hendak ramaikan pelancong Muslim datang ke negeri Terengganu kerana kita hendak
tunjukkan bahawa kita mesra Muslim dan mesra syariah.
“Statistik
yang baru juga menunjukkan pelancong dari negara China yang beragama Islam
ramai datang ke negeri ini pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas
majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah International Monsoon Casting
Tournament (IMCT) 2023 di Kenyir Geopark, dekat sini, hari ini.
Seramai
250 peserta menyertai IMCT edisi ke-14 termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura, China dan Thailand.
Razali memberitahu,
kerajaan negeri juga merancang memperbanyakan aktiviti pelancongan untuk
menarik lebih ramai pengunjung pada sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL),
tahun hadapan.
Jelasnya, program pelancongan itu
diperkenalkan untuk menukar persepsi tidak boleh dikunjungi pada musim
tengkujuh antara November hingga Disember.
Katanya,
penganjuran IMCT yang diadakan secara tahunan ini juga merupakan salah satu
aktiviti musim tengkujuh di Tasik Kenyir.
“Program
Pesta Maing Ujang di Setiu Wetland yang baru diperkenalkan tahun ini juga menunjukkan kejayaan,” katanya.
LANGKAWI: Bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina
Abdul Hamid kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA).
Jawatan tersebut sebelum ini
tidak diisi selama 10 bulan selepas pemangku terdahulu, Nasaruddin Abdul
Muttalib dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam, awal Februari lalu.
LADA menerusi kenyataan pada
Facebook rasminya turut mengalu-alukan pelantikan Haslina yang berkuat kuasa
sejak Jumaat lalu.
Beliau sebelum ini turut
berpengalaman sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan),
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
“Seluruh pengurusan dan warga
kerja LADA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang ke LADA
kepada Datuk Haslina Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu,”
kata kenyataan itu.
Haslina berkhidmat dalam
perkhidmatan awam selama 27 tahun dengan jawatan pertama sebagai Penolong
Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mac
1996.
Beliau berkelulusan Sarjana
Undang-Undang dari Universiti Keio, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan
Pentabiran (Kepujian) dari Universiti Malaya.
LADA diperbadankan di bawah
Akta Parlimen (Akta 423) dan ditubuhkan pada 15 Mac 1990.
SYED IBRAHIM Syed Ahmad (belakang, empat dari kanan) menyaksikan perjanjian persefahaman pelancongan Malaysia-Indonesi diwakili Prof. Madya Ts Dr. Zaidi Abdul Razak (kanan) dan Tazbir Abdullah di Masjid Kg Ketam, Kerdau hari ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
TEMERLOH: Program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 selama empat hari yang bermula di Selangor dan Temerloh, Pahang satu pakej mempromosi budaya Islam dan kesenian masyarakat di negara ini.
Presiden
Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan berkata, lebih 500
pengusaha inap desa termasuk peserta luar negara mengambil bahagian menyertai
program yang julung kali diadakan di negara ini.
Menurutnya,
selain Malaysia, 15 negara turut terlibat termasuklah Indonesia, China, Brunei,
Singapura Pakistan, India dan lain-lain membuktikan pelancongan Islam
berpotensi menjana pendapatan dan menjadi daya tarikan pelancong luar negara.
“Program
ini menjadi titik permulaan kepada usaha pelaksanaan Tahun Melawat Homestay
Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia, pihak Tourism negeri mempromosi kehidupan budaya masyarakat Melayu
dan Islam di negara ini.
“Aktiviti
yang dijalankan ini secara langsung memberikan maklumat kepada pelancong akan
keindahan seni dan budaya Masyarakat Melayu Islam.
“Inisiatif
yang dipelopori oleh Islamic Tourism Centre (ITC memberi banyak
perkembangan yang amat positif dalam kalangan pemain industry dalam dan luar
negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di majlis
perasmian penutup Program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023
yang disempurnakan Exco Kerajaan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di
Masjid Sultan Ahmad Shah Kampung Ketam di sini hari ini.
Festival
Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 berlangsung selama empat hari
bermula 16 sehingga 19 Disember 2023 di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa, Kuala
Lumpur, dan berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Ketam dan Inap
Desa, Desa Murni.
“Pelbagai
aktiviti dijalankan antaranya selawat, marhaban, program Haflah al-Quran,
ceramah perdana, memanah, pameran kraf, tulisan khat dan penyediaan masakan
tradisional,” katanya.
Sahariman
menambah, sebanyak 212 pengusaha homestay seluruh negara dengan 4,500 peserta
telah digerakkan bagi menampung kebanjiran luar negara yang berminat bermalam
di homestay.
Menurutnya,
sebanyak 10,000 bilik homestay di seluruh negara mampu menampung kehadiran
pelancong luar negara yang berminat merasai pengalaman berada di komuniti
Melayu yang menjalani rutin harian.
Tambah
beliau, pakej Ramadan dan Hari Raya 2025 (1446 Hijrah) sempena Tahun Melawat
Homestay Malaysia pada 10 hari terakhir Ramadan dapat memberikan pengalaman
baharu kepada pelancong berkaitan bazar Ramadan, solat tarawih, pakaian dan
makanan.
“Pakej
6 hari 5 malam bulan Ramadan dan Hari Raya terbuka kepada semua pengusaha
homestay tetapi pihak persatuan akan memastikan
setiap negeri akan melaksanakannya program ini,” katanya.
PUTRAJAYA, 15 Disember
2023 - Tourism Malaysia telah melancarkan pakej minat khas ‘Houseboat
2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran.
Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam (6)
agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 1 Disember 2023 sehingga 30 Jun
2024 melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum, Perak dan
Tasik Kenyir di Terengganu.
Pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian
melalui aktivitiaktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah,
menjejak Rafflesia, merentas hutan, memasak kuih tradisional, bermain paintball
dan banyak lagi. Pakej-pakej ini boleh mula ditempah mulai sekarang dengan
tempoh sah perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2024.
Promosi pakej minat khas houseboat ini mengambil kira kesediaan
produk yang terdapat di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu.
Untuk rekod, jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41
buah houseboat dengan penawaran sebanyak 615 katil sehari manakala di Tasik
Kenyir mempunyai 86 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 1,290 katil
sehari.
Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia
berkata, segmen houseboat dilihat sebagai satu alternatif percutian berkumpulan
kepada orang ramai. Promosi pakej sebegini memberi peluang untuk orang ramai
mengambil kesempatan untuk bercuti sekeluarga ataupun bersama kawan-kawan
sempena cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Ia juga dapat membantu menjana
aktiviti ekonomi masyarakat setempat secara tidak langsung.
Enam (6) agensi pelancongan yang turut menjayakan kempen
pelancongan minat khas houseboat ini adalah Al Fateh Travel Sdn Bhd, Ad-Deeni
Travel & Tours Sdn Bhd, Mona Holidays Sdn Bhd, Al-Maziah Travel Sdn Bhd,
MLS Holidays Sdn Bhd dan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn Bhd.
Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh
diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.
KEPALA BATAS, 14 Disember 2023 -
Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Arkeopelancongan &
Geopelancongan bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah untuk mempromosikan produk
pelancongan arkeologi, geologi dan tapak warisan dunia UNESCO.
Sebanyak 52 pakej pelancongan telah
dibangunkan dengan kerjasama 14 operator pelancongan di Wilayah Utara dan
Wilayah Tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi Lembah
Bujang dan Sungai Batu, tapak warisan dunia UNESCO George Town, Jerai Geopark
serta Sungai Merbok.
Antara pakej-pakej yang ditawarkan
termasuklah Jerai Geopark Heritage Trail , The Lost A n cient City - Kedah Tua
, Arch aeology Eco Cycling Experience, Penang Heritage Tour , Merbok River
Historical & Mangrove River Cruise , Mount Jerai Guided Tour dan Iron of
Ancient Kedah to the World - The Untold Story 788 BC.
Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah
Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej tersebut
diharap mampu mempromosikan keunikan warisan arkeologi, geopark dan Tapak
Warisan Dunia UNESCO yang terdapat di Pulau Pinang dan Kedah kepada para
pelancong tempatan dan antarabangsa.
“Di samping itu, pembangunan pakej
ini juga dapat memangkin ke arah usaha pemeliharaan warisan, sejarah dan budaya
tempatan selain mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan penglibatan masyarakat setempat,
seterusnya menjana pendapatan kepada mereka. Pembangunan pakej pelancongan ini
juga adalah sebahagian usaha Tourism Malaysia untuk mempelbagaikan pilihan
destinasi pelancongan sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026”
katanya.
Pembangunan Pakej Arkeopelancongan
& Geopelancongan Pulau Pinang dan Kedah adalah susulan daripada bengkel dan
lawatan produk selama 5 hari 4 malam yang diadakan pada 5 hingga 9 Ogos 2023
dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Northern Corridor Economic
Region (NCER), pakar arkeologi dan geologi, para pemilik produk pelancongan
serta penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang dan Kedah.
Bengkel berkenaan telah memberikan
banyak pendedahan mengenai potensi pelancongan di tapak-tapak arkeologi, geopark
dan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town serta produk pelancongan menarik di
sekitarnya seperti Tapak Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera, Muzium Arkeologi
Lembah Bujang, tapak arkeologi Sungai Batu, Gunung Jerai dan Kompleks
Pelancongan Sungai Merbok.
Kesemua pakej pelancongan ini telah
dimuatkan dalam sebuah risalah Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan
Pulau Pinang dan Kedah yang kini boleh didapati di laman sesawang Tourism
Malaysia iaitu www.malaysia.travel.
KUANTAN: Tourism Malaysia held talks with the publisher of popular Japanese animation television series – Jujutsu Kaisen – in Japan on Dec 11, hoping to secure their consent to help promote tourism in the state capital here.
State Unity, Tourism and Culture Committee chairman Leong Yu Man said the publisher had requested a week to get in touch with the creator who goes by the pen name Gege Akutami before coming up with a decision on the matter.
"Tourism Malaysia's deputy director Ahmad Junaidy Yahaya who is based in Tokyo was accompanied by Pemaja (Alumni of Friendship Programme for the 21st century Asean-Japan) president Datuk Sahariman Hamdan during the meeting with the anime publisher on Monday.
"Following the meeting in Tokyo, the publisher requested one week to discuss and seek consent from the anime creator. We were informed that the creator seldom appeared in the public," she told reporters after distributing the Bantuan Prihatin Pahang (BPP) for mountain guides, tour guides and boat operators at the Pahang Tourism office here today.
On Dec 6, Leong told the Pahang state assembly that the state government was hoping to capitalise on Kuantan's newfound fame after it was mentioned by anime and manga character Kento Nanami in episode 42 of the Jujutsu Kaisen series.
Prior to his death in the series, the main character Nanami had expressed his desire to visit and settle down in Malaysia, specifically in Kuantan.
Anime fans here shared images of the beach believed to be located at Pantai Kempadang here on social media with some going on to create a Kento Nanami Memorial Shrine landmark on Google Maps.
Meanwhile, Leong said if everything goes as planned, the state government planned to build a memorial for Nanami here and invite the creator to visit the state.
"We are hoping for a favourable reply from the creator which is expected next week. We want to invite the creator to visit Pahang, organise programmes with anime industry followers and sell merchandise related to the Jujutsu Kaisen series," she said.
Leong said Sahariman, who is the Malaysian Homestay Association president since 1995 and had been actively involved in tourism seminars in Japan, was coincidentally in Tokyo this week so he was engaged by Tourism Pahang to join the discussion with the publisher.
-nst online.