Thursday 5 May 2022

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri Dan Anggota Jemaah Menteri Tahun 2022 ( 8 Mei 2022 )

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Eratkan jalinan silaturrahim di hari lebaran. Seluruh #KeluargaMalaysia dijemput hadir bagi meraikan hari yang mulia ini bersama 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐀𝐡𝐚𝐝), 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝐩𝐮𝐤𝐮𝐥 𝟏𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟒 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠, 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐢, 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚.

Walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilonggarkan iaitu tidak lagi perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat terbuka, namun pengunjung digalakkan untuk menjaga keselamatan dan kawalan kendiri.

Turut disertakan ialah poster 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 untuk ke majlis tersebut.

Sila layari portal dan media sosial Jabatan Perdana Menteri dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.
-Jabatan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.