Monday 30 May 2022

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Pertandingan Tourism Malaysia ‘Photo Challenge’ 2021


 

IPOH, 28 Mei 2022 – Tourism Malaysia hari ini mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang Pertandingan Tourism Malaysia ‘Photo Challenge’ 2021 di AEON Mall Kinta City, Ipoh bersempena promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow 2022 .

Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia melaksanakan aktiviti pelancongan domestik disamping berpeluang mencungkil bakat kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkongsi hasil fotografi percutian menarik dengan menggunakan sebarang jenis kamera termasuk telefon bimbit. Ianya juga akan membuka peluang kepada penerokaan budaya serta destinasi-destinasi menarik di dalam negara.

Sebanyak 447 penyertaan diterima dengan 2,319 gambar dipertandingkan melibatkan empat kategori dalam pertandingan yang berlangsung dari 11 Disember 2021 sehingga 11 Februari 2022.

Senarai para pemenang adalah seperti berikut:

1. Kategori ‘Extreme Shot’

Tempat Pertama : Muhd Dhiyaulhaq Bin Mohd Hatta

Tempat Kedua : Isaac Liew

Tempat Ketiga : Noor Azhar Bin Abd Rasid

2. Kategori ‘Nature, Art & Culture’

Tempat Pertama : Yong Hui Peng

Tempat Kedua : Mohd Nazri Bin Sulaiman

Tempat Ketiga : Lim Kooh Hean

3. Kategori ‘Human Interest’

Tempat Pertama : Mohd Nazri Bin Sulaiman

Tempat Kedua : Mohd Razif Bin Rahim

Tempat Ketiga : Mohd Fathudin Bin Mohd Aladin

4. Kategori ‘Past & Present’

Tempat Pertama : Liew Leng Zheng

Tempat Kedua : Hazize Bin San

Tempat Ketiga : Faris Luqman Bin Marzuki

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.