Mohammadin Ketapi. Image: MOTAC |
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Industri pelancongan
berjaya menjana pendapatan negara sehingga RM82.2 bilion pada tahun lalu dengan
kehadiran seramai 25.9 juta pelancong ke negara ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Mohammadin
Ketapi berkata, ini menjadikan industri ini merupakan antara penyumbang utama,
iaitu 14.9 peratus kepada pendapatan negara.
“Di peringkat dunia, sebanyak 1.32 bilion
pengembara telah menyeberangi pelbagai sempadan negara untuk melancong dan
mengembara, yang membawa pulangan sehingga RM5.54 trilion.
“Di jangka pada 2030 jumlah ini akan meningkat
sehingga 1.8 bilion pengembara dan Malaysia antara yang menjadi tumpuan
kehadiran para pengembara ini, “ katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari
Pelancongan Sedunia (WTD) 2018 yang bertemakan “Pelancongan Dan Era
Transformasi Digital” di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di
sini hari ini.
Mohammadin berkata, industri ini antara yang
menerima ledakan yang hebat akibat penggunaan dan perkembangan digital kerana
para pelancong akan guna segala kemudahan dan perkhidmatan pelancongan melalui
platform digital dan integrasi dari media sosial.
“Jadi saya berharap semua pengusaha dan pemain
dalam industri ini segeralah beralih kepada era digital, tinggalkan kaedah lama
untuk menarik kehadiran para pelancong,” katanya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.