Monday, 9 October 2017

AirAsia lancar penerbangan terus ke Jeju


PENGERUSI Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun (tiga dari kanan) bersama Ketua Pengarah Biro Pelancongan Jeju, Lee Seung Chan (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail menunjukkan harga tambang promosi dalam majlis pelancaran penerbangan terus Jeju-Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 9 Okt. - AirAsia X melancarkan laluan penerbangan terus terbaharu ke Jeju, Korea Selatan dengan kekerapan empat kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail berkata, AirAsia X menjadi menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang terus ke Jeju dari Kuala Lumpur.

Katanya, sempena pengenalan laluan itu AirAsia X menawarkan tambang promosi bermula RM199 dan RM899 sehala masing-masing untuk tempat duduk ekonomi dan premium flatbed.


“Promosi istimewa ini bermula esok hingga 15 Oktober depan bagi perjalanan pada 12 Disember sehingga 25 Mac 2018. Orang ramai boleh menempah tiket promosi ini di laman web airasia.com,” katanya dalam majlis pelancaran laluan Jeju-Kuala Lumpur di sini hari ini.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.