PUTRAJAYA:
Kira-kira 17.5 juta pelancong mengunjungi negara ini sejak Januari hingga Ogos
lalu.
Pengarah Kanan Bahagian
Promosi Antarabangsa Asia/Afrika Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, berkata
daripada jumlah itu, pelancong dari Singapura adalah yang tertinggi dengan jumlah
8.7 juta.
"Ia diikuti, Indonesia
1.8 juta dan China iaitu 1.5 juta, yang mana meningkat 8.3 peratus berbanding
1.4 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu.
"Tourism Malaysia
menjalankan promosi yang agresif di seluruh dunia bagi menggalakkan pelancong
datang ke Malaysia. "Contohnya di China, kita terbabit dalam China
International Travel Mart (CITM), Ekspo ASEAN China (CAEXPO) dan Ekspo
Pelancongan Antarabangsa Beijing (BITE) bagi mempromosikan Malaysia kepada
rakyat China," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau ditemui ketika
menyaksikan perlawanan persahabatan antara Kelab Bola Sepak Tourism Malaysia
dengan Kelab Bola Sepak Industri Pelancongan Hong Kong (HKTIFA) di Stadium
Pancarona, Presint 18, di sini.
Musa berkata antara aktiviti
pelancongan yang digemari pelancong China adalah Durian Tour atau Lawatan
Durian di Pulau Pinang dan melawat pusat peranginan di negara ini.
"Kemudahan penerbangan
terus dari Hong Kong ke Kuala Lumpur, Hong Kong ke Pulau Pinang dan Hong Kong
ke Kota Kinabalu melalui ketiga-tiga lapangan terbang antarabangsa itu juga
menjadi salah satu tarikan kepada pelancong ini untuk melawat Malaysia.
"Kita akan terus
mempergiatkan usaha mempromosikan Malaysia untuk dikunjungi bagi meningkatkan
ekonomi negara sekaligus memperkenalkan produk pelancongan Malaysia ke seluruh
dunia," katanya.
-bh online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.