MARANG 17 Mac -
Kapas-Marang International Swimathon yang menjadi acara tahunan dalam kalender
pelancongan negeri akan berlangsung pada 19 Mac ini dalam suasana lebih meriah
sempena sambutan Tahun Melawat Terengganu 2017.
Sukan lasak edisi ke-18
dengan jarak renangan sejauh 6.5 kilometer itu berjaya menarik penyertaan 400
perenang termasuk 67 peserta dari 26 negara.
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
memberitahu termasuklah dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta
dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin
Konscak.
“Jumlah penyertaan makin
berkembang dari tahun ke tahun dan kita juga banyak menerima kedatangan para
peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya di sini hari ini.
Sebanyak enam kategori
bakal dipertandingkan dalan kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan
berjumlah RM20,000.
Perenang termuda yang
telah mengesahkan kehadirannya ialah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12,
manakala peserta tertua pula dari Kanada, Paul Brewer, 69.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.