Danny Ooi dan Mirza Mohammad Taiyab bersama finalis Miss Tourism International 2016 di Putrajaya, kelmarin. |
PUTRAJAYA 16 Dis. – Seramai 60 finalis dari seluruh dunia bersaing untuk merebut gelaran Miss Tourism International 2016 di sini pada 31 Disember ini.
Sepanjang kehadiran finalis-finalis itu di negara ini bermula semalam, pelbagai program dan aktiviti disusun yang secara tidak langsung, menonjolkan keunikan tarikan pelancongan di Malaysia.
Presiden Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi berkata, pertandingan tersebut menyokong usaha mempromosikan pelancongan negara selaras dengan tema Malaysia Truly Asia.
“Pertandingan akhir Miss Tourism International 2016 merupakan edisi ke-19 dianjurkan sejak pertama kali diadakan di Kuching, Sarawak pada 1994,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Yang hadir sama, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Majlis berkenaan turut memperkenalkan 60 finalis yang menampilkan keunikan dan keindahan negara masing-masing. Wakil Malaysia dalam pertandingan dunia itu ialah anak kelahiran Melaka, Ng Shin Ying, 20, yang merupakan Miss Malaysia Tourism 2016/17.
Menurut Danny, gelaran utama yang menjadi rebutan para finalis dalam pertandingan tersebut adalah Miss Tourism Queen of the Year International.
“Lima gelaran lain adalah Miss Tourism International, Miss Tourism Global, Miss Tourism Cosmopolitan International, Dreamgirl of the Year International dan Miss South East Asia Tourism Ambassadress,” katanya.
Antara aktiviti yang telah disusun sepanjang kehadiran mereka sebelum tarikh pertandingan termasuklah lawatan ke lokasi-lokasi pelancongan di sekitar ibu negara serta Pulau Langkawi.
http://www.misstourisminternational.com/home/
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.