KUALA LUMPUR 23 Okt. – AirAsia, syarikat tambang rendah terbesar di Asia dari segi bilangan penumpang dan pesawat, menawarkan diskaun sehingga 50 peratus ke destinasi jarak dekat dan jauh di seluruh rangkaiannya mulai 24 hingga 30 Oktober ini untuk perjalanan antara 9 Januari hingga 18 Jun 2017.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, diskaun terbabit boleh didapati di laman web www.airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.
“Ini adalah promosi hebat yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus daripada tambang untuk ke seluruh rangkaian laluan kami merentasi Asia dan seterusnya dari Kuala Lumpur ke Jepun, Korea, China, Australia, New Zealand, Iran, Maldives bahkan Mauritius. Inilah peluang terbaik untuk melawat destinasi yang anda impikan dengan tambang berpatutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, tetamu yang melakukan perjalanan jarak jauh juga boleh mengambil kesempatan diskaun tersebut dengan menempah tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X.
Katanya, tetamu yang menempah tempat duduk Premium Flatbed akan menikmati produk dan perkhidmatan premium merangkumi perkhidmatan keutamaan daftar masuk, menaiki pesawat, peruntukan bagasi 40 kilogram, makanan percuma, bantal dan selimut.
Jelasnya, diskaun tersebut meliputi penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia dengan kod penerbangan AK, AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2), Malaysia AirAsia X (D7), Thai AirAsia X (XJ) dan Indonesia AirAsia X (XT).
AirAsia mempunyai rangkaian meluas ke lebih 120 destinasi di seluruh Asia, Australia, Asia Barat dan Afrika.
Selain itu, syarikat penerbangan tempatan itu juga diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tahun kelapan berturut-turut dan AirAsia X memenangi anugerah Kabin Premium Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium bagi tahun keempat di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2016.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.