KOTA BHARU 29 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan menyasarkan kemasukkan seramai enam juta pelancongan tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 sepanjang tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata jumlah tersebut mampu dicapai berdasarkan promosi yang dibuat oleh pihaknya bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini.
"Kali terakhir program sama diadakan adalah pada tahun 2008 maka selepas empat tahun adalah wajar untuk kita adakannya sekali lagi. "Walaupun kerajaan negeri tidak mengadakan TMK pada tahun 2008 lalu, namun kita berjaya menarik seramai 5.3 juta pelancong untuk berkunjung ke negeri ini dan berdasarkan jumlah tersebut kita yakin sasaran ini mampu tercapai pada TMK 2012," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sidang akhbar TMK 2012 dan meraikan Pendaki Gunung Kinabalu, Sabah di Bilik Mesyuarat Pusat Penerangan Pelancongan Negeri di sini hari ini.
-Utusan Online.
http://tic.kelantan.gov.my/
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.