IPOH 31 Mac - Kira-kira 100 warga media cetak dan elektronik serta penggiat industri pelancongan tempatan diraikan oleh Tourism Malaysia Negeri Perak dalam satu majlis ramah mesra di Hotel Heritage di Ipoh, kelmarin. Majlis yang bertujuan mendekatkan pihak Tourism Malaysia negeri dengan media dan penggiat industri pelancongan di negeri itu turut diadakan bagi memperkenalkan Pengarah Tourism Malaysia yang baru, Norshamshida Abdul Rahman. Norshamshida dalam ucapannya berkata, jalinan rapat antara Tourism Malaysia dengan pihak media memudahkan segala urusan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.
-Utusan Online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.