PETALING JAYA: Seramai 15 orang pemain dari Korea,
Taiwan, Thailand, Singapura dan Brunei mengesahkan penyertaan mereka bagi
memeriahkan pertandingan golf Road To Historical Melaka 2023 pada 26 hingga
28 November ini.
Kejohanan anjuran Malaysia Flying Golfer
Association (MFGA) itu bakal berlangsung selama dua hari di mana hari pertama
kejohanan pemain akan berentap di Tiara Melaka Golf and Country Club, manakala
hari kedua (terakhir) di A’Famosa Golf Resort.
Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali berkata,
setakat ini sudah ada 102 pemain yang telah mengesahkan penyertaan mereka
termasuk 15 pemain dari lima negara luar itu.
Bagaimanapun, tambah beliau, pihaknya menyasarkan
seramai 112 pemain kesemuanya dan MFGA yakin sasaran itu mampu dicapai sebelum
kejohanan itu bermula.
“Tahun lalu kita mempunyai 20 peserta dari luar
negara seperti Singapura, Thailand, Taiwan, Korea dan Vietnam. Cuma tahun ini
kita ada 15 pemain sahaja. Tetapi masih ada lagi beberapa peserta dari luar
negara yang menyatakan minat untuk menyertai grand final di Melaka ini.
“Apa pun kita menunggu pengesahan sahaja. Jika
mereka jadi, mungkin jumlah 15 pemain luar negara itu akan bertambah melebihi
20 orang,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari
ini.
Zulkifli memberitahu, matlamat utama kejohanan itu
diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri
pelancongan (travel agen), peserta tempatan dan luar negara selain
mempromosikan pelancongan golf dalam negara.
Pada kejohanan grand final di Melaka kali ini, MFGA
menetapkan yuran penyertaan untuk dua pusingan sebanyak RM490 (ahli/twin
sharing) dan RM690 (ahli/single). Manakala untuk bukan ahli RM650 (twin
sharing) dan RM850 (single).
Banyak hadiah-hadiah menarik menarik pemenang.
Manakala untuk pemain yang berjaya melakukan pukulan selubang (Hole In One)
bakal membawa pulang sebuah motosikal atau tiket penerbangan ke Jakarta (4H 3M)
tajaan Leisure Golf atau sebuah pendingin hawa jenama Acson.
Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi En.
Aris (+6019-2310118) Haji Dzul (+60 16-221 5426) atau En. Fatah (+6013-670
6104).
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.