Friday 8 April 2022

"Putrajaya Mempesona" Di Booth Perbadanan Putarajaya @ MATTA Fair 2022

 


MATTA FAIR kembali lagi.

Jangan lepaskan peluang anda mengunjungi Ekspo Promosi Pelancongan Malaysia terbesar MATTA FAIR 2022.

Nak ketahui lebih lanjut pakej pakej promosi pelancongan domestik PUTRAJAYA MEMPESONA? Indahnya Putrajaya.

Jom ke booth Putrajaya Mempesona @ booth Perbadanan Putrajaya (PPj) di Matta Fair 2022 di World Trade Center Kuala Lumpur pada 9 April dan 10 April 2022 ( Sabtu dan Ahad ) ini .

Rakan-rakan Pengusaha dan Penggiat Industri Pelancongan domestik kembali dengan kebersamaan di bawah pasukan promosi

"Putrajaya Mempesona" akan bersama-sama menawarkan pelbagai pakej menarik destinasi pelancongan Putrajaya Mempesona antaranya :-

Ø  - Glamping Taman Wetland

Ø  - Taman Wetland Putrajaya

Ø  - Taman Ekuestrian Putrajaya

Ø  - Taman Warisan Pertanian

Ø  - Info tentang tarikan dan produk terbaru taman taman awam Putrajaya

Ø  - Promosi Pulse Grande Hotel

Ø  - Pakej Promosi yang ditawarkan oleh Hotel-hotel di Putrajaya

Ø  - Info produk produk baru Pelancongan Putrajaya

Ø  - Pelbagai "doorgift" menarik menanti anda di booth PPj

Butiran pameran :

Tarikh : 9-10 April 2022 (Sabtu & Ahad)

Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 malam

Tempat : Booth 3003 dan 3004 di Hall 3, World Trade Centre, Kuala Lumpur

Masuk adalah percuma !

Hubungi Unit Pelancongan, Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya untuk pertanyaan lanjut. ( talian : 0388877033) .

Jumpa di sana.

-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.