4 April 2022 - Kerajaan melalui Bajet 2022 telah mengumumkan
berkenaan pemberian Bantuan Khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan
yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan
peruntukan sebanyak RM 85 juta. Peruntukan ini termasuklah bantuan kepada
Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat
Urut Kaki (PUK) yang berlesen dan berdaftar di bawah MOTAC sebagai salah satu
inisiatif Kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang sangat terjejas dalam
tempoh pandemik COVID-19 ini.
Kementerian ini telah membuka tempoh permohonan
bantuan dari 1 Mac 2022 sehingga 15 Mac 2022. Walau bagaimanapun, Kementerian
mendapati masih ramai pengusaha pelancongan yang belum memohon bantuan ini.
Berikutan dengan itu, Kementerian telah bersetuju untuk membuka semula tempoh
permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 kepada Syarikat Pengendali Pelancongan
(TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) yang berlesen dan
berdaftar di bawah MOTAC mulai 4 April 2022 sehingga 15 April 2022 bagi
syarikat-syarikat yang tidak berkesempatan sebelum ini.
Sehubungan itu, Kementerian menyeru semua Syarikat
Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat MM2H dan Spa serta Pusat Urut Kaki
(PUK) yang layak supaya mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan
secara atas talian kepada pihak MOTAC. Sebarang permohonan yang dikemukakan
selepas tarikh tutup permohonan iaitu selepas 15 April 2022 tidak akan dilayan.
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Tahun
2022 ini termasuklah pautan permohonan, boleh dilayari di laman sesawang rasmi
MOTAC di www.motac.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pejabat
MOTAC Negeri yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.