KUALA NERUS: Bukit
Maras yang popular dengan aktiviti mendaki dan sukan luncur
udara di sini menawarkan satu lagi keunikan iaitu berbuka puasa di atas puncak setinggi 329
meter.
Tarikan terbaharu itu sekali gus
membolehkan pengunjung merasai pengalaman luar biasa berlatar belakang panorama
indah alam semula jadi berbanding menikmati juadah di hotel-hotel mahu pun di
kawasan lapang.
Seorang pengunjung, Mohd. Shobri Ahmad,
45, dari Shah Alam, Selangor berkata, kedatangan ke negeri ini atas urusan
kerja berbaloi apabila dapat merealisasikan impian keluarga sejak sekian lama
untuk berbuka di atas bukit.
Katanya, isteri, Haryati Abd. Ghani,
40, bersama ibu mentua dan empat anaknya yang berusia antara tujuh hingga 16
tahun cukup teruja dapat berbuka di lokasi berkenaan di samping berpeluang
menaiki kenderaan pacuan empat roda hingga ke puncak.
“Saya ada melihat pakej berbuka di
Bukit Maras dan teringin untuk mencuba kerana lain daripada lain sebab sudah
biasa makan di hotel atau di padang.
“Saya tidak sangka Terengganu memiliki
‘port’ berbuka di kawasan alam semula jadi menarik tanpa perlu ke bangunan
tertinggi atau menara, malah emak dan anak-anak berselera makan menu kampung
yang disediakan hingga berulang kali menambah nasi,” katanya kepada Utusan
Malaysia semalam.
Menurut Mohd. Shobri, mereka sekeluarga
dibawa naik ke Bukit Maras pada pukul 5.30 petang dan dapat meluangkan masa
selama tiga jam sebelum dibawa turun pada pukul 8.30 malam.
Katanya,
Terengganu merupakan negeri yang sentiasa dikunjungi keluarganya saban tahun
kerana keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang enak terutama nasi dagang
serta keropok lekor.
Sehubungan
itu, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali semula ke negeri ini pada
Ramadan tahun depan bagi menikmati suasana berbuka di puncak Bukit Maras.
https://www.facebook.com/Pozicatering.com.my
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.