Sunday, 26 December 2021

Petronas Malaysia Cub Prix Kalendar 2022 - 10 Pusingan

 


Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan mengekalkan kalendar 10 pusingan untuk musim 2022. Sepertimana yang telah dipraktikkan dalam musim 2020 dan 2021, kejohanan lumba motosikal terbesar negara akan ditumpukan di tiga litar tetap iaitu Litar Antarabangsa Sepang, Litar Tangkak dan Litar Permotoran Terengganu.

Aksi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan bermula dengan pusingan pembuka tirai di Litar Utara Sepang pada 12 dan 13 Mac tahun depan.

“Mengikut arah baharu yang telah dipersetujui dengan semua pihak yang berkenaan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan lebih mengutamakan penganjuran perlumbaan di litar-litar tetap. Ada kemungkinan kami akan menganjurkan beberapa perlumbaan di dalam litar sementara seperti dahulu. Namun demikian, litar tetap akan lebih diutamakan untuk menaikkan taraf sukan permotoran Malaysia,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

“Kami berharap akan ada lebih banyak fasiliti, infrastruktur sukan permotoran dan litar akan dibina dalam negara ini. Kemudahan-kemudahan ini banyak membantu dalam usaha meningkatkan daya saing sukan permotoran negara.”

Berita lanjut di: https://www.malaysiancubprix.com/10-pusingan-cub-prix.../

-Malaysian Cub Prix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.