Thursday 2 December 2021

Conquer Malaysia Virtual Challenge ( 20 ~ 27 December 2021 )

 


 

29 November 2021 – Sejajar dengan Kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ yang dijalankan untuk merancakkan industri pelancongan domestik, sekumpulan pelajar tahun akhir daripada program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Alam akan menganjurkan sebuah acara yang diberi nama “Conquer Malaysia Virtual Challenge”. Acara ini akan berlangsung pada 20 Disember sehingga 27 Disember 2021 manakala tarikh pendaftaran bermula pada 15 November sehingga 15 Disember 2021.

Conquer Malaysia Virtual Challenge menawarkan pengalaman yang unik bagi rakyat Malaysia yang bakal menyertai acara ini.  Keunikan dan tarikan acara ini adalah dimana peserta bukan sahaja boleh menyertai aktiviti larian secara maya tetapi peserta juga berpeluang untuk menyertai pertandingan menghasilkan gambar dan video yang kreatif untuk mempromosikan pelancongan domestik. Pengisian program bagi acara ini dijangka dapat memberi impak kepada komuniti iaitu mewujudkan kesedaran dalam masyarakat mengenai pentingnya untuk kekal cergas fizikal dan mental selain membantu untuk mempromosikan destinasi tempatan seiring dengan promosi kempen 'Cuti-Cuti Malaysia’.  Ini seterusnya diharapkan dapat memberi impak positif kepada industri pelancongan domestik secara keseluruhan, khususnya dengan keadaan semasa negara yang telah memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Nasional.

Terdapat tiga jenis kategori pilihan dimana peserta boleh memilih Kategori A (larian sahaja), Kategori B (larian dan gambar) atau Kategori C (larian dan video).  Peserta boleh menjalankan aktiviti larian dimana-mana sahaja dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh penganjur.

Slogan acara ini ialah "RUN.SNAP.WIN". Slogan ini mengambarkan keseluruhan acara ini. RUN merupakan inspirasi kepada penganjur untuk mempromosikan acara larian secara maya. SNAP merujuk kepada pertandingan gambar dan video kreatif yang diambil oleh peserta dan ini boleh menciptakan daya tarikan kepada masyarakat untuk melawat tempat yang menarik di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.  Perkataan terakhir pada slogan kami iaitu WIN merujuk kepada tarikan hadiah yang disediakan kepada pemenang.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini Conquer Malaysia Virtual Challenge, anda boleh melawat platform sosial media. Conquer Malaysia Virtual Challenge:

Facebook:   https://www.facebook.com/Cmvc2021/

Instagram:  https://instagram.com/cmvc.2021?utm_medium=copy_link

Tik Tok:        https://vt.tiktok.com/ZSe6PTQu2/

-Odyssee Event Management.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.