Malaysia Truly Asia X Cuti-Cuti Malaysia. Inilah Masanya, Cuti-cuti Malaysia. Visit Melaka 2024-2026. Visit Perlis 2024-2026. Visit Malaysia 2026. Visit Johor 2026. Visit Negeri Sembilan 2026. Malaysia Year of Medical Tourism 2026. Visit Terengganu Year 2027. Compiled and managed by Farsa.
Saturday, 4 April 2020
Program Pengalaman Homestay Malaysia
Program Pengalaman Homestay Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.
Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.
Maklumat lanjut di http://www.motac.gov.my/program/pelancongan/homestay-kampungstay
-MOTAC.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.