Wednesday 8 April 2020

Program Kampungstay, Malaysia


Kampungstay merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi dikawasan luar bandar. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.

Pelaksanaan Kampungstay ini juga merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan Program Homestay di Malaysia.

Kampungstay merupakan satu bentuk pengalaman di mana para pelancong disediakan dengan kemudahan penginapan tetapi tidak tinggal bersama dengan tuan rumah. Walau bagaimanapun para pelancong masih berpeluang untuk berinteraksi serta mengikuti aktiviti seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.

Rumah yang disediakan tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas untuk keselesaan pelancong dan bercirikan kehidupan masyarakat kampung.

Maklumat lanjut sila layarai http://www.motac.gov.my/muat-turun/category/12-kampungstay
-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.