KUALA LUMPUR, 30 Disember 2019 – Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sempena Ambang Tahun Baru 2020 pada 31 Disember 2019, bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan ini.
Lanjutan perkhidmatan ini akan melibatkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT. Stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 1.30 pagi adalah seperti berikut:
- LRT Laluan Kelana Jaya: USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park
- LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling: Bandaraya, Masjid Jamek
- MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang: Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara
Damansara
Damansara
- Laluan Monorel Kuala Lumpur: Bukit Bintang dan Raja Chulan
- BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon
Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Manakala bagi perkhidmatan bas, terdapat beberapa laluan yang akan melanjutkan waktu perkhidmatannya.
Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyambut ambang Tahun Baru secara berhemah dan menjaga keselamatan masing-masing sepanjang menghadiri sambutan. Sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my
-rapid kl.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.