Monday, 9 December 2019

Races of Malaysia (EWC & WTCR) Down Town City Parade @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ( 10 December 2019 )


Sepang International Circuit (SIC) sedang giat mempromosikan ‘Races of Malaysia 2019’ yang mengabungkan dua acara sukan permotoran iaitu FIM Endurance World Championship (EWC) dan FIM World Touring Car Cup (WTCR) pada 13 - 15 Disember 2019 di Sepang International Circuit. 

Pra-promosi kepada acara yang julung kali diadakan di Malaysia ini. Pihak SIC akan mengadakan Races of Malaysia Down Town City Parade pada 10 Disember 2019 dari MaTiC ke Dataran Merdeka.

Sejumlah 48 pelumba EWC dan 8 pelumba WTCR, bersama 16 motor lumba EWC dan 8 kereta lumba WTCR akan menusuri Jalan Raja Ampang, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman bagi memperkenalkan acara ini kepada umum.

Semua dijemput untuk turut serta bagi memeriahkan lagi acara ini.
-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.