Wednesday 21 March 2018

Sarawak memperoleh RM439,529 hasil cukai pelancongan


KUCHING 20 Mac - Sarawak mendapat RM439,529 daripada hasil cukai pelancongan yang dikutip kerajaan mulai 1 September hingga 31 Disember tahun lalu di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebelum ini,  Kementerian Kewangan menyatakan setiap RM10 yang dikutip, RM1 akan diserahkan kembali kepada kerajaan negeri namun ia sudah dikaji semula.

Katanya, kerajaan kemudian bersetuju untuk memberikan RM5 daripada RM10 hasil kutipan cukai pelancongan warga asing yang menginap di hotel negeri ini.

"Dalam tempoh empat bulan itu, Sarawak mendapat kutipan berjumlah RM879,058," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak(STSC) 1/2018, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Muda Belia dan Sukan negeri, Datuk Snowdan Lawan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil diperoleh itu masih rendah jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur, Sabah, Pulau Pinang dan Johor Bahru yang mempunyai banyak hotel.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya juga akan mengambil tindakan kontinjensi dengan melantik pemandu pelancong sementara yang boleh berbahasa Mandarin, berikutan kedatangan pelancong China yang meningkat sejak penerbangan sulung dari Shenzhen ke Kuching dilancarkan pada Disember tahun lalu.

"Kita mempunyai 200 pemandu pelancong di negeri ini, namun bukan semua dapat berbahasa Mandarin bagi menampung permintaan pelancong China yang ramai," ujarnya.


Beliau memberitahu, sejak Januari hingga Mac ini, sebanyak 20,000 penumpang telah menggunakan penerbangan laluan Shenzhen-Kuching dan Kuching-Shenzhen.
-utusan online.
https://sarawaktourism.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.