AHMAD Razif bersama isteri
meneliti produk coklat yang dipasarkan selepas nenyempurnakan pelancaran
operasi jualan di zon bebas cukai, di Pengkalan Gawi di sini hari ini.
|
HULU TERENGGANU 1 Ogos -
Operasi jualan zon bebas cukai Tasik Kenyir fasa pertama bermula hari ini di
Pengkalan Gawi yang disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Razif Abdul Rahman.
Perkembangan baharu itu
dianggap suatu titik tolak dimensi baharu pembangunan pelancongan yang bakal
mengubah landskap tasik buatan manusia terbesar di rantau ini.
Ia akan saling lengkap
melengkapi dengan tarikan sedia ada seperti Kenyir Island Hopping (KlH),
Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) dbagi menjadikan
Tasik Kenyir sebuah destinasi premium dan ‘destinasi wajib lawat’ di negeri
ini.
Penjualan yang bermula
pada hari ini melibatkan aktiviti peruncitan yang tidak termasuk barangan
berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, rokok dan tembakau.
Antara barangan yang akan
menjadi tunggak ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, pewangi dan
juga luggage (beg/bagasi).
Pembangunan fasa
pertama bagi zon ini tertumpu di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Pulau
Bayas bagi menyokong pembangunan akua-eko pelancongan dalam mengukuhkan fungsi
Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Ahmad Razif berkata,
projek itu dijangka bakal beroperasi sepenuhnya penghujung tahun depan termasuk
pembangunan di pulau yang turut melibatkan perhotelan.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.