KUALA LUMPUR 7 Ogos –
AirAsia X melancarkan peraduan untuk belia bagi memperkenalkan New Zealand
sebagai destinasi pelancongan pengembaraan.
Ketua Pegawai Komersial
Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, peraduan itu yang dikenali sebagai
Ultimate Xventure, menyasarkan peserta berumur antara 18 dan 32 tahun dengan
menawarkan empat tiket penerbangan ke Auckland, New Zealand selama empat hari
tiga malam selain aktiviti terpilih sebagai hadiah utama.
Beliau berkata, tujuan
peraduan itu adalah untuk memperkenalkan New Zealand sebagai destinasi kembara
dan menggalakkan generasi milenial untuk meneroka apa yang ditawarkan oleh
negara kiwi tersebut.
Katanya, bagi bahagian
pertama, peserta peraduan media sosial Ultimate Xventure perlu memuat naik
gambar atau video kreatif aktiviti sukan kembara ke Instagram mereka dengan
keterangan menarik dan hashtag rasmi #UltimateXventure dan #AirAsiaX.
Tambahnya, bahagian kedua
atau kemuncak peraduan yang merupakan kolaborasi bersama Sunway akan diadakan
di Sunway Lagoon Extreme Park pada 20 Ogos ini.
“Pemenang akan bersaing
dalam barisan perlawanan peraduan Ultimate Xventure yang menggambarkan
pengalaman terdapat di New Zealand bagi memenuhi kehendak anak muda yang
mencari pengalaman kembara.
“Peraduan media sosial ini
telah bermula pada 31 Julai 2017 dan akan berakhir pada 17 Ogos ini. Penyertaan
akan diadili dari 14 hingga 17 Ogos ini di mana seorang pemenang akan dipilih
pada setiap hari dan diumumkan melalui radio Fly FM,” katanya dalam kenyataan
di sini hari ini.
Teh berkata, peraduan ini
bukan sahaja membantu menyemarakkan minat anak muda dalam memilih New Zealand
sebagai destinasi kembara, malahan untuk mewujudkan aktiviti interaktif yang
dapat meningkatkan kesetiaan terhadap jenama AirAsia dalam kalangan generasi
milenial.
“New Zealand menawarkan
pilihan sukan kembara yang tiada tandingannya dan hanya AirAsia X menawarkan
tambang rendah yang tiada tandingannya dari Kuala Lumpur ke New Zealand untuk
pelancong muda yang inginkan pengalaman keseronokan seumur hidup,” katanya.
Untuk keterangan dan
maklumat mengenai peraduan berkenaan, orang ramai boleh klik
http://promotion.airasia.com/newzealand.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.